Setelah tiga hari berlansung di Estrel Congress Center,Berlin, Germany dan merebut gelaran juara dunia dan kolam hadiah sebanyak $400,000 USD (anggaran MYR 1,6478,00.00), PMCO Global Final akhirnya telah pun menamatkan tirai perlawanan PUBG Mobile nya sebentar tadi dan kita dapat melihat pemenangnya adalah pasukan TOP ESPORTS dari China yang berjaya membawa pulang $180,000 USD (anggaran MYR 741,510.00) beserta piala pertama PMCO Global Final 2019!! Dengan mata yang tinggi 344 serta strategi dan momentum yang mereka kekalkan ternyata berjaya untuk membawa mereka sebagai pemenang keseluruhan! Ternyata mereka memang layak untuk menang acara ini!!!
Tempat kedua pula dimenangi oleh X-Quest F dengan membawa pulang $90,000 USD (anggaran MYR370,755.00) yang juga paling digentar terutama dengan Paraboy yang sering kekalkan kehebatan mereka dan menjadi saingan sengit buat TOP Esports, ketiga pula dimenangi ELITE Gaming dan membawa pulang $45,000 USD (anggaran MYR 185,377.50) dan keempat dimenangi oleh RRQ Athena dengan membawa pulang $20,000 USD (anggaran MYR 82,390.00).
Tahniah sebesar tahniah kepada kesemua pemenang yang berjaya mengharumkan nama negara masing-masing dan menaikkan lagi nama Asia dengan kemenangan ini!!
Juga tidak terlupa untuk PMCO Fall Split yang akan dimulakan pemilihan dan pendaftaran bulan 8 Ogos ini dan PUBG Mobile 2020 World League telah diumumkan akan hadir tahun hadapan dan maklumat selebihnya akan dikemaskini
Sekali lagi tahniah buat kesemua pasukan Asia yang berjaya dan turut tahniah kepada kesemua pasukan di PMCO Spring Split Global Final 2019!!!
@gamersantaimy
Discussion about this post