Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Victorious In Play (ViP Squad) menjuarai PUBG MOBILE Malaysia National Championship 2019 dengan cemerlang!

Tahniah kami ucapkan kepada ViP Squad!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 14, 2019
in Acara, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Victorious In Play (ViP Squad) menjuarai PUBG MOBILE Malaysia National Championship 2019 dengan cemerlang!
Share on FacebookShare on Twitter

Victorious In Play (ViP Squad) telah menunjukkan kehebatan mereka di Kejohanan PUBG Mobile Malaysia (PMNC 2019) dan dengan cemerlang kekal di tempat pertama selepas memenangi beberapa Chicken Dinner. ViP Squad telah berjaya mengumpul 299 mata dan 96 total kill dalam kejohanan tersebut. Satu pencapaian yang sangat-sangat menakjubkan!

ViP Squad membuka hari kejohanan PMNC hari ini dengan memenangi Chicken Dinner pertama! ViP Squad yang terdiri daripada Hyqul, Yakuza, Jumper dan BenV telah membuktikan bahawa mereka adalah satu pasukan kuat yang boleh berdiri di pentas yang sama seperti pasukan antarabangsa yang lain. Ternyata, pengalaman mereka di Shangai telah mengubah rentak mereka dan mindset untuk sebuah tahap permainan yang lebih tinggi atau advanced. Selain itu, ViP Jumper juga telah memenangi anugerah MVP untuk kejohanan PMNC kali ini! Satu bonus kepada pengakhiran yang mereka idamkan.

ViP Jumper

Di tempat kedua ialah AROV dengan jumlah mata 245 dan 58 jumlah kill, diikuti oleh Junior Talent di tempat ketiga dengan jumlah mata 221 dan 53 jumlah kill. Team Secret menduduki tangga ke-empat dengan jumlah mata 220 dan jumlah 57 kill. Hanya satu perbezaan satu mata sahaja untuk tangga keempat dan ketiga! Sangat-sangat sengit! Ini adalah empat pasukan terbaik untuk PMNC 2019, dan tahniah kepada setiap pasukan yang menyertai!

Dengan prize pool bernilai RM114,000, ViP Squad, AROV Esports, Junior Talent dan Team Secret telah berjaya melayakkan diri ke PMCO Fall Split. Mereka akan ditemani pasukan Yoodoo Gank yang sudahpun terpilih untuk liga tersebut selepas mendapat kedudukan terbaik di Malaysia bagi PMCO Spring Split.

Sekali lagi kami mengucapkan tahniah kepada ViP Squad, dan berharap prestasi mereka akan kekal cemerlang!

Tags: AROVJunior TalentPMCO Fall Splitpubg mobilePUBG Mobile Malaysia National Championship 2019team secretVictorious In Play
Previous Post

Main HACK akan buat Sistem Kredit Sosial anda turun di China!

Next Post

Mod Easy bagi y’all yang merana main Sekiro: Shadows Die Twice!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Mod Easy bagi y’all yang merana main Sekiro: Shadows Die Twice!

Mod Easy bagi y'all yang merana main Sekiro: Shadows Die Twice!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd