Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siapakah Yoshihiro Togashi, pencipta Hunter x Hunter & YuYu Hakusho?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 31, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Siapakah Yoshihiro Togashi, pencipta Hunter x Hunter & YuYu Hakusho?
Share on FacebookShare on Twitter

Yoshihiro Togashi, pencipta kepada manga popular “Hunter x Hunter” dan “YuYu Hakusho”, mengejutkan semua peminat manga/anime dari seluruh dengan mengumumkan kepulangan siri manga Hunter x Hunter selepas ia berehat selama hampir empat tahun.

Tidak sampai 72 jam, akaun Twitter itu (yang bermula dengan 0 follower) kini memperoleh lebih daripada dua juta follower. Buat masa ini, beliau lah mangaka dengan jumlah follower paling banyak di Twitter.

Cuma persoalannya adalah : Siapakah Yoshihiro Togashi? Kita mengenali beliau kerana karya Hunter x Hunter dan YuYu Hakusho, tetapi apakan latar belakang penuh Yoshihiro Togashi?

Oleh itu, izinkan saya menjelaskan tentang beliau!

Bagaimana dia menjadi mangaka?

Dilahirkan di Shinjo, Togashi mula melukis manga semasa sekolah rendah. Masa berlalu dan Togashi menyerahkan beberapa karya manga kepada Weekly Young Jump, yang diterbitkan oleh Shueisha semasa zaman kolej. Pada tahun 1986, beliau mengarang manga bertajuk Buttobi Straight dan memenangi Tezuka Award (antara anugerah paling berprestij untuk mangaka baru di Jepun).

Kini tidak lagi berimpian untuk menjadi seorang guru, Togashi telah dihubungi oleh editor Weekly Shonen Jump yang memintanya berpindah ke Tokyo.

Maka, mula lah kisahnya sebagai seorang mangaka.

Sumber – Giuseppedraw_

Karyanya yang paling awal diterbitkan untuk Shueisha adalah Okami Nante Kowakunai!!, sebuah koleksi cerpen manga komedi tetapi itu bukanlah karyanya yang paling terkenal.

Pada tahun 1990, Togashi mula mencipta nama dengan siri seterusnya YuYu Hakusho. Menggunakan minatnya dalam elemen ghaib dan genre seram, plot manga itu menampilkan watak Yusuke Urameshi, yang dibunuh dan dihidupkan semula sebagai “Underworld Detective”. Manga ini mempunyai sebanyak 175 bab dan dikumpul ke 19 tankobon/jilid dari 1990 hingga 1994.

Antara pencapaiannya termasuk menjual lebih 50 juta salinan di seluruh dunia, dan penerimaan Shogakukan Manga Award pada tahun 1994. Tidak lama selepas itu, YuYu Hakusho menerima adaptasi anime yang berjaya.

YuYu Hakusho

Selepas itu, Togashi memulakan siri utama seterusnya iaitu Hunter x Hunter – sebuah manga action-adventure yang mula disirikan pada tahun 1998. Mengisahkan tentang Gon Freecss, budak lelaki itu dapat tahu bahawa bapanya yang hilang rupanya adalah ahli organisasi yang dikenali sebagai Hunter Association.

Manga ini juga menunjukkan prestasi yang sangat baik secara komersial, di mana 20 jilid pertama terjual hampir 55 juta salinan di Jepun setakat Ogos 2011. Malangnya, manga ini masih belum tamat kerana Togashi terpaksa berehat buat tempoh masa yang lama.

Hunter x Hunter

Kisah peribadi dan punca sakit

Mungkin ada yang tidak tahu tetapi Togashi sebenarnya berkahwin dengan Naoko Takeuchi, mangaka kepada siri popular Sailor Moon. Kedua-duanya diperkenalkan di sebuah parti pada Ogos 1997 dan pada tahun berikutnya, Takeuchi membantu Togashi untuk masa yang singkat dengan menambahkan screentone pada manga Hunter × Hunter.

Selepas menjalin hubungan selama 1 tahun lebih, Togashi dan Takeuchi telah berkahwin pada 6 Januari 1999. Buat masa sekarang , pasangan itu mempunyai dua orang anak dan pernah bekerjasama untuk sebuah buku kanak-kanak bertajuk Oobo— Nu— Tochiibo— Nu— , yang ditulis oleh Takeuchi dan dilukis oleh Togashi.

Togashi dan isterinya, Naoko Takeuchi

Jadi masalah kesihatan apa yang dihadapi oleh Togashi sehingga dia terpaksa berehat daripada melukis manga selama bertahun-tahun?

Bermula dari zaman YuYu Hakusho, Togashi sudah pun mengalami tekanan yang sangat besar, yang menyebabkan pola tidurnya tidak konsisten dan sakit dada. Masa berlalu dan akibat bekerja berjam-jam dalam cara yang tidak sihat untuk manga/projek, Togashi mengalami sakit belakang yang kronik sehingga nak duduk pun sukar.

Keadaan inilah yang memaksa Togashi untuk kerap berehat selama beberapa tahun dan inilah sebab utama mengapa manga Hunter x Hunter tidak mengeluarkan bab baru sejak tahun 2018!

Menurut info rasmi, Togashi telahpun Togashi menjalani pembedahan bagi badan belakang, dan kini dalam proses memulihkan kesihatan. Beliau kini cukup sihat untuk kembali melukis sambungan Hunter x Hunter.


Memang tidak boleh dinafikan bahawa Togashi memainkan peranan yang penting dan besar dalam mengembangkan industri manga. Malah, Nobuhiro Watsuki (Samurai X), Gege Akutami (Jujutsu Kaisen) dan Masashi Kishimoto (Naruto) pun memilih Togashi sebagai salah satu mangaka kegemaran dan mengaku karya mereka banyak dipengaruhi oleh YuYu Hakusho dan Hunter × Hunter.

Itu sahajalah yang saya ingin berkongsi tentang Yoshihiro Togashi, sang pencipta kepada Hunter x Hunter & YuYu Hakusho. Adakah korang teruja untuk melihat comeback Hunter x Hunter? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang anime dan manga, sila tekan pautan ini.

Sumber – Hunter x Hunter fandom

Tags: animeHunter X HuntermangaYoshihiro TogashiYuYu Hakusho
Previous Post

[Review] Roller Champions – Game sukan 3v3 ala-ala Alita: Battle Angel

Next Post

[Review] Top Gun: Maverick – Sekuel yang membawa kembali kenangan 30 tahun lalu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Danganronpa 2×2 Ditunda ke Awal 2027; Slayhem Mode & Rombakan Peta 3D Dijelaskan
Berita

Danganronpa 2×2 Ditunda ke Awal 2027; Slayhem Mode & Rombakan Peta 3D Dijelaskan

July 6, 2026
Bukan Season 3, Anime Solo Leveling Diteruskan Dengan Filem ‘Beyond the System’
Anime

Bukan Season 3, Anime Solo Leveling Diteruskan Dengan Filem ‘Beyond the System’

July 6, 2026
Anime JJBA: Steel Ball Run Akan Kembali September 2026 Dengan Jadual Mingguan
Anime

Anime JJBA: Steel Ball Run Akan Kembali September 2026 Dengan Jadual Mingguan

July 6, 2026
Next Post
[Review]  Top Gun: Maverick – Sekuel yang membawa kembali kenangan 30 tahun lalu

[Review] Top Gun: Maverick - Sekuel yang membawa kembali kenangan 30 tahun lalu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd