Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siapa villain utama dalam Multiverse? Kenali Kang the Conqueror dalam 3 versi!

safwan by safwan
January 13, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Panduan, Senarai
0 0
0
Siapa villain utama dalam Multiverse? Kenali Kang the Conqueror dalam 3 versi!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas The Guardian of the Galaxy Holiday Special ditayangkan, maka berakhir sudah fasa 4 MCU dan bermulalah fasa 5 mengenai Multiverse Saga. Untuk memulakan fasa 5, Ant-Man and The Wasp: Quantumania bakal tiba pada 17 Februari 2023 dengan menampilkan villain utama iaitu Kang the Conqueror.

Tambah pula dengan pengeluaran trailer baru Ant-Man and The Wasp: Quantumania, kita telah ditunjukkan sedikit teaser di mana Scott Lang (Ant-Man) beraksi melawan Kang the Conqueror. Namun, timbulnya persoalan siapakah dan adakah dia varian yang berbeza dengan Kang yang ada dalam siri Loki.

Bagi menjelaskan perkara ini, saya akan pecahkan kepada 3 bahagian iaitu Kang dalam komik, Kang dalam Loki dan juga Kang the Conqueror yang ada di dalam filem Ant-Man. Tanpa melengahkan masa, jom kita mulakan.

Kang dalam komik

Watak Kang telah dicipta oleh Stan Lee bersama Jack Kirby dan telah membuat debut pada tahun 1964 dalam Avengers #8. Semasa penampilan pertamanya, dia baru sampai ke bumi dari timeline lain dan terus mengisytiharkan Bumi itu adalah miliknya. Namun, Avengers tidak berdiam diri dan cuba menghalang Kang daripada mengambil alih bumi.

Dia telah dilahirkan pada abad ke-31 di Earth-6311. Kang telah menemui teknologi time-travel yang dicipta oleh Victor von Doom dan telah menggunakannya sehingga tercampak ke Mesir Purba di Earth-616 iaitu garis masa utama Marvel Universe. Di sana, Kang telah berkuasa sebagai Pharaoh Rama-Tut yang kejam.

Tetapi itu hanyalah satu identiti daripada pelbagai identiti yang diguna pakai oleh Kang selepas merentasi pelbagai timeline. Terdapat satu masa di mana dia mempunyai tugas sebagai super villain yang bernama Scarlet Centurion dengan memakai perisai yang diilhamkan oleh Doom.

Terdapat satu hari apabila dia tidak sengaja mengembara ke abad ke-40 dan melihat teknologi yang merosakkan, dia secara rasmi menggunakan nama “Kang” dan memulakan perang salib untuk menakluki seluruh galaksi.

Sebelum semua ini terjadi, dia hanyalah seorang manusia biasa yang memegang segulung ijazah sarjana dan namanya pada ketika itu ialah Nathaniel Richards. Dia juga yang berasal daripada Earth-6311, terdapat satu dakwaan di mana seorang dermawan yang bernama Nathaniel Richards merupakan ayah kepada pengasas Fantastic 4 iaitu Reed Richards.

Kang dalam siri “Loki”

Pada episod terakhir Loki, kita telah diperkenalkan dengan seorang watak lelaki yang bernama Nathaniel Richards dan dia menggunakan nama “He Who Remains”. Hal ini kerana dia merupakan varian yang berlainan dan berkaitan dengan Kang yang berada di alam semesta lain.

Untuk memulihkan keadilan pada garis masa, Richards menubuhkan satu organisasi bernama Time Variance Authority untuk memastikan Sacred Timeline dilindungi. Loki dan Sylvie pada ketika itu telah menjejaki Richards ke Citadel di End of Time. Walaupun Sylvie ingin membunuhnya, Richards tetap menjemput mereka masuk ke biliknya untuk mengadakan mesyuarat peribadi dan menerangkan tentang terciptanya TVA dan Multiversal War.

Dia memberitahu kepada mereka berdua apa yang berlaku sekiranya Sylvie membunuhnya dan perkara yang akan berlaku adalah Sacred Timeline akan hancur dan huru-hara akan melanda Multiverse. Mereka berdua diberi pilihan untuk kekal di sana sebagai pemimpin baharu TVA.

Dengan itu, mulalah pertarungan antara Loki dan Sylvie. Tetapi Sylvie tetap membunuh Richards yang memastikan Kang versi jahat akan mengambil alih teras timeline.

Kang dalam “Ant-Man and The Wasp: Quantumania”

Buat masa sekarang, masih tidak banyak yang didedahkan oleh Marvel, tetapi melalui trailer yang telah dikeluarkan setakat ini, kita boleh nampak yang Kang sangat berkuasa sehingga menjanjikan untuk memberikan “masa yang hilang” kepada Scott Lang yang tidak dapat melihat anaknya Cassie membesar. Sebaliknya, Scott Lang memberikan apa yang Kang mahukan.

Jadi, dalam filem ketiga Ant-Man yang akan ditayangkan pada 17 Februari 2023, kita akan melihat Scott, Cassie, Janet, Hank dan Hope menerokai Quantum Realm dan bertemu bersama Kang the Conqueror. Sudah pasti banyak aksi dan drama yang bakal kita lihat nanti. Tambah pula dengan penampilan pertama bagi M.O.D.O.K, sudah pasti ia sangat dinantikan ramai.


Mari kita sama-sama nantikan kemunculan Kang the Conqueror di dalam Ant-Man and The Wasp: Quantumania pada 17 Februari 2023 di pawagam.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Ant-Man and the Wasp: QuantumaniaKang the Conquerormcu
Previous Post

6 Perkara Cliche Yang Selalu Ditemui Dalam Anime Shonen!

Next Post

“Tiada Spinoff, Tetapi Ada Sesuatu Untuk Levi” — Dedah Pencipta Attack on Titan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
“Tiada Spinoff, Tetapi Ada Sesuatu Untuk Levi” — Dedah Pencipta Attack on Titan!

"Tiada Spinoff, Tetapi Ada Sesuatu Untuk Levi" -- Dedah Pencipta Attack on Titan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd