Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shueisha melarangkan peminat dari memuat naik visual anime/manga di internet!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 10, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Shueisha melarangkan peminat dari memuat naik visual anime/manga di internet!
Share on FacebookShare on Twitter

Warga internet pasti sedih kerana syarikat Shueisha telah melarang semua peminat untuk memuat naik visual anime dan manga yang berkait dengan hak cipta mereka. Walaupun kita hanya ingin meluahkan cinta kepada siri kegemaran seperti Naruto, One Piece, atau Dragon Ball, ramai peminat mendapati akaun media sosial mereka dikenakan larangan hak cipta.

Untuk kawan-kawan yang tidak tahu, Shueisha adalah syarikat penerbit manga terkenal yang bertanggungjawab untuk barisan majalah Jump seperti Weekly Shōnen Jump, Jump SQ, V Jump, dan lain-lain. Setakat ini, senarai siri yang dilarang adalah:

  • One Piece
  • Bleach
  • Jujustu Kaisen
  • Haikyuu!!
  • Shokugeki no Soma
  • Dr. Stone
  • Saiki K
  • Kimetsu no Yaiba
  • Death Note
  • Kuroko no Basuke
  • My Hero Academia
  • Naruto
  • Boruto
  • Dragon Ball
  • Jojo’s Bizarre Adventure
  • Black Clover

Sudah tentu, ini hanyalah senarai yang diberikan dan ada banyak siri lain yang tidak tersenarai tetapi di bawah pengawasan.

Situasi untuk pelanggaran hak cipta adalah berbeza bergantung kepada pelantar yang kita memuat naik kandungan, tetapi dalam apa-apa keadaan, kandungan tersebut akan dibuang sebelum pengguna dikenakan tindakan undang-undang. Seorang Youtuber mendakwa bahawa semua ulasan dia telah dibuang kerana melanggar tuntutan hak cipta dari Shueisha. Di Twitter pula, @fenyo_n yang bekerja untuk Shueisha sebagai artis juga dikenakan tindakan. Dia adalah artis rasmi yang dibayar oleh Shueisha untuk bantu mengusahakan permainan mudah alih seperti Dragon Ball Dokkan Battle dan Dragon Ball Legends.

My twitter account was locked once
I went back because I checked the copyright policy
I don't know when it will be erased.
If it is erased, it will not be revived.
Bye bye minna…🥲

— ふぇにょん (@fenyo_n) January 8, 2021

Malah ada peminat yang mendakwa mereka menerima larangan di akaun atas alasan gambar profil yang menampilkan watak kegemaran mereka. Semua bentuk visual kini mula dilarang dan boleh terdiri daripada ulasan manga/anime, tangkapan skrin, gif, dan lain-lain.

https://twitter.com/ZahinPrime/status/1347593140086181890

Pada saat penulisan, Shueisha belum mengeluarkan pernyataan rasmi yang menjelaskan isu ini. Selain itu, saya menyarankan semua peminat manga dan anime untuk lebih berhati-hati ketika memuat naik sebarang posting sehingga lebih banyak maklumat didedahkan.

Sumber – CB

Tags: animehak ciptamedia sosialShueisha
Previous Post

Undi pasukan terbaik pilihan anda untuk FIFA 21 Team of the Year!

Next Post

Valorant Episode 2 akan membawa si kacak Yoru sebagai Agent terbaru

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Valorant Episode 2 akan membawa si kacak Yoru sebagai Agent terbaru

Valorant Episode 2 akan membawa si kacak Yoru sebagai Agent terbaru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd