Hari ini, 2K dan Gearbox Software dengan bangga mengumumkan bahawa Borderlands 3, judul seterusnya dalam siri shooter terkenal yang telah memenangi pelbagai anugerah, kini boleh didapati di seluruh dunia untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Epic Games . Pelancaran ini menandakan kemunculan semula siri ini sebagai pemimpin genre yang sebenar, dengan judul shooter terbaik dalam kelas, customization yang lebih mendalam, lawak yang masih kurang sopan dan watak-watak yang tidak mudah dilupakan, serta multiplayer yang intuitif dan inovatif.
Borderlands 3 meluaskan dan meningkatkan banyak ciri-ciri utama daripada judul sebelum, sambil memperkenalkan konsep baru yang inovatif. Antara ciri utama dan konsep baru ialah:
Pengembaraan yang Penuh Kegilaan dan Kacau Bilau!
- Kembar Calypso yang jahat telah menyatukan puak-puak bandit dan main menghampiri kuasa mutlak galaksi. Hanya kamu, seorang Vault Hunter empunyai senjata dan rakan-rakan untuk menumpaskan mereka. Bongkarkan segala misteri, berinteraksi bersama penduduknya, dan kenali naratif Borderlands yang luas.
Vault Hunter kamu, Playstyle kamu!
- Jadi salah satu daripada empat Vault Hunter baru luar biasa, dilengkapi dengan kebolehan dan gaya permainan unik, skill tree yang mendalam, dan banyak pilihan customization.
Senjata daripada Pelbagai Variasi!
- Dengan pelbagai senjata berbeza, termasuk senjata legenda khas untuk di-unlock, pilihan kamu memang tidak terhingga. Shotgun dengan perisai peluru? Senapang dengan tambahan damage elemen? SMG yang tumbuh kaki dan mengejar musuh? Semuanya ada!
Borderlands Baru!
- Temui dunia baru di luar Pandora, masing-masing dengan ciri unik untuk teroka dan musuh untuk membunuh. Jelajah melalui padang pasi, berlawan merentasi bandaraya yang ditinggalkan, menavigasi paya maut, dan banyak lagi!
Aksi Co-Op yang Pantas dan Mantap!
- Dengan sistem “level-sync” baru, pengalaman sangat lancar untuk setiap individu. Ini bermakna kamu boleh bermain dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa online atau split-screen co-op, tanpa mengira level atau kemajuan misi. Tambahan pula, apabila kamu menewaskan musuh dan misi sebagai satu pasukan, “loot instancing” memastikan kamu memperolehi ganjaran hanya untuk diri sendiri – tiada siapa yang terlepas.
Korang boleh main Borderlands 3 bermula sekarang di untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Epic Games. Dengan beberapa edisi yang penuh dengan kandungan bonus, peminat boleh memilih yang sesuai bagi mereka:
- Borderlands 3 Standard Edition – [RM239.00]
- Borderlands 3 Deluxe Edition – [RM319.00]
- Borderlands 3 Super Deluxe Edition – [RM399.00]
@gamersantaimy
Discussion about this post