Hari ini, ATLUS telah mengeluarkan video “Complete Guide” hampir 15 minit untuk Shin Megami Tensei V: Vengeance, yang memberikan gambaran keseluruhan game dan semua penambahbaikannya berbanding Shin Megami Tensei V original, serta memperkenalkan demon baru, dungeon baru dan tambahan pada sistem gameplay.
Berkawan dengan Demon Baru!
Onyankopon: Dewa langit orang Ashanti dan puak lain di Afrika Barat. Merupakan alias kepada dewa tertinggi Nyame, yang bermaksud “yang maha mengetahui dan
maha melihat.”
Anansi: Seorang wira dongeng kepada Ashanti dan puak lain di Afrika Barat. Dia digambarkan sebagai pakar helah yang bijak dan licik.
Nyami Nyami: Dewa Sungai Zambezi bagi suku Tonga dan Lozi di selatan Afrika. Dia mempunyai badan ular dan kepala ikan atau naga. Dia dikatakan akan melindungi orang berhampiran air dan memberi mereka makanan.
Dungeon Baru Shakan
Shakan berfungsi sebagai dungeon baru dalam Canon of Vengeance. Tersembunyi di Shinjuku, Shakan ialah sebuah ruang suci dalam Bethel yang dilarang kepada orang luar. Untuk mengelak penceroboh, pengawal malaikat berjaga-jaga manakala alat ajaib akan membalikkan siling dan lantai.
Gameplay Tambahan
Miracle
Dengan menggunakan Glory, mata wang yang terdapat dalam Da’at itu, Nahobino boleh mendapat Miracle baru. Abiliti ini akan membantu anda semasa meneroka Da’at atau memerangi musuh. Ia boleh juga mempengaruhi fusion, potensi skill dan aspek leveling!
Salah satu Miracle baru ialah Estoma Field. Teknik baru ini akan menghasilkan penghadang ajaib dengan menggunakan sejumlah Magatsuhi Gauge. Semasa aktif, anda tidak akan dikesan oleh musuh. Jika akhirnya menghadapi musuh, anda dapat mengelakkan pertempuran menentang mereka.
Essence Fusion
Jenis fusion ini menggunakan Essence. Essence wujud untuk setiap demon, dan bila protagonis atau sekutu demon bergabung, anda dapat mengubah affinity resistance dan skill mereka.
Sub Quest – Return of the True Demon
Return of the True Demon, subquest DLC dari Shin Megami Tensei V original, disertakan dalam game ini! Sekiranya anda memenuhi syarat yang betul, Demi-fiend akan menemani anda dalam parti. Bersedia untuk menguji kemahiran anda ke had dalam salah satu misi yang paling sukar dalam game!
Virtual Trainer
Anda dapat menggunakan virtual trainer melalui Terminal Room di Diet Building. Virtual trainer membolehkan anda mencabar musuh lalu sama ada dalam satu pertarungan atau siri pertarungan. Anda boleh menghadapi musuh pada kekuatan original mereka dalam Original Mode atau mencabar versi yang lebih kuat dalam Challenge Mode. Setiap kali anda menghabiskan Challenge Mode, level musuh akan meningkat sebanyak 100. Kekalahan masih akan menyebabkan game over, jadi disyorkan agar anda save sebelum menggunakan virtual trainer.
Level Maksimum Baru
Memenuhi syarat tertentu akan membuka Moral Transcendence, Miracle baharu yang membolehkan anda meningkatkan maksimum level Nahobino dan rakan sekutu dari 99 hingga 150!
New Game+
Setelah menamatkan game, anda boleh meneruskan data sebelum ini dan menyimpan stat demon dalam playthrough baharu. Pilih antara 3 pilihan mengikut gaya permainan anda, termasuk pilihan Godborn serba baharu—yang mempunyai keperluan khas untuk dibuka.
Itu sahaja yang didedahkan tentang gameplay Shin Megami Tensei V: Vengeance. Game ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 14 Jun.
@gamersantaimy
Discussion about this post