Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Lord of the Rings Baru Dalam Pembikinan, Akan Keluar 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 10, 2024
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Lord of the Rings Baru Dalam Pembikinan, Akan Keluar 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya peminat filem akan dapat menonton filem baharu The Lord of the Rings seawal tahun 2026, yang memfokuskan kepada watak Gollum.

Kredit: Warner Bros.

Disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Discovery, David Zaslav, dia melaporkan bahawa studio sedang bekerja keras untuk menghasilkan beberapa filem baharu berdasarkan universe The Lord of the Rings. Buat masa sekarang, projek itu sudah berada di peringkat awal pembangunan skrip.

Bertajuk Lord of the Rings: The Hunt for Gollum, filem pertama dalam projek ini diarahkan oleh dan dibintangi Andy Serkis (Venom: Let There Be Carnage, Mowgli: Legend of the Jungle). Seperti tajuknya, ia akan menampilkan Gollum Serkis sebagai watak utama, memandangkan dia berlakon sebagai Gollum dalam filem-filem dahulu.

Andy Serkis | Kredit: Wikipedia

Fran Walsh dan Philippa Boyens sedang menulis lakon layar, bersama Phoebe Gittins dan Arty Papageorgiou (LOTR: The War of the Rohirrim). Lord of the Rings: The Hunt for Gollum diterbitkan oleh Ken Kamins, bersama Serkis dan Jonathan Cavendish. Peter Jackson akan menghasilkan filem ini bersama Walsh dan Boyens.

Kredit: Warner Bros.

Ketua Warner Bros. Motion Pictures Michael De Luca dan Pam Abdy berkata:

“Selama lebih dua dekad, penonton wayang telah menerima trilogi filem Lord of the Rings kerana pengabdian yang ditunjukkan oleh Peter, Fran dan Philippa ke arah melindungi legasi karya Tolkien, dan untuk memastikan penonton dapat mengalami dunia luar biasa yang diciptanya dalam cara yang menghormati visi sastera”.

“Kami berbesar hati kerana mereka bersetuju untuk menjadi rakan kongsi kami dalam dua filem baharu ini. Dengan kehadiran Andy untuk mengarahkan Lord of the Rings: The Hunt for Gollum, kami meneruskan komitmen penting untuk kecemerlangan yang merupakan ciri sebenar bagaimana kita semua mahu meneroka ke hadapan dan seterusnya menyumbang kepada sejarah pawagam Lord of the Rings.”

Jackson, Walsh dan Boyens menambah:

“Ia adalah satu penghormatan dan keistimewaan untuk kembali ke Middle-earth bersama rakan baik dan kolaborator kami, Andy Serkis, yang mempunyai urusan yang belum selesai dengan Stinker – Gollum itu! Sebagai peminat seumur hidup kepada mitologi Professor Tolkien, kami berbangga dapat bekerjasama dengan Mike De Luca, Pam Abdy dan seluruh pasukan di Warner Bros dalam satu lagi pengembaraan epik!”

Tags: filemGollumLord of the Rings
ShareTweetSend
Previous Post

Predator Helios Neo 14 Baharu Dilancarkan di Malaysia – Bernilai RM7,799!

Next Post

Shin Megami Tensei V: Vengeance – Demon Baru, Dungeon Baru & Gameplay Tambahan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Shin Megami Tensei V: Vengeance – Demon Baru, Dungeon Baru & Gameplay Tambahan

Shin Megami Tensei V: Vengeance - Demon Baru, Dungeon Baru & Gameplay Tambahan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd