Baru sahaja di siaran langsung Koch Media, sebuah trailer baru untuk sci-fi shooter, iaitu Dolmen telah didedahkan. Trailer tersebut menunjukkan beberapa pertempuran yang sengit di sebuah planet asing, dan ianya seperti diinspirasikan dari genre game Dark Souls.
CTO dan Ketua di Massive Work Studio, Gabriel Neves Ferreira menyatakan banyak perkara menarik yang boleh dinantikan oleh para pemain untuk Dolmen. Game ini mempunyai gameplay seperti Dark Souls dan Bloodborne, dengan suasana in-game lebih kurang Dead Space. Beliau juga menyatakan game ini akan menjadi sesuatu yang sukar, dan anda akan tewas banyak kali dalam Dolmen.
Dolmen membawa pemain ke sebuah planet asing yang dikenali sebagai Revion Prime, dimana anda ditugaskan untuk membawa kembali sampel kristal “Dolmen” yang mempunyai nilai unik. Kristal ini mampu memberikan interaksi antara realiti, merevolusikan penerokaan angkasa dan mengubah dunia yang diketahui selama-lamanya. Pemain juga akan merasai sistem tempur yang kaya dengan pelbagai jenis senjata dan gerakan, menggunakan melee ataupun pertempuran jarak jauh untuk mengalahkan musuh yang berada di Revion Prime.
Buat masa ini, tiada tarikh rasmi pelancaran diumumkan oleh Massive Work Studio, tetapi ianya tersedia untuk platform PC melalui Steam. Ikuti segala perkembangan berita kami mengenai Summer Game Fest dengan menekan pautan yang tersedia ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post