Peminat yang menantikan Evil Dead: The Game akhirnya mendapat pandangan pertama untuk gameplay rasminya hari ini! Diumumkan di acara Summer Game Fest, kami melihat dengan jelas bagaimana Evil Dead: The Game akan dimainkan di mana pasukan mangsa akan menghadapi ancaman Deadite. Buat masa ini, tidak ada tarikh pelancaran yang diumumkan bersama.
Sekiranya tidak apa yang berlaku semasa Summer Game Fest, anda boleh melihat gameplay pertama permainan Evil Dead: The Game di atas seperti yang dijelaskan oleh Bruce Campbell. Ia bukan sahaja menampilkan Ash Williams, sang protagonis ikonik dari siri Evil Dead, malah beberapa watak lain dari seluruh dunia Evil Dead juga boleh digunakan oleh pemain. Untuk gameplay, pemain dalam pasukan manusia harus melarikan diri dari iblis manakala pemain yang mengawal iblis harus menangkap semua manusia. Berikut adalah rumusan rasmi:

“Jadilah Ash Williams atau rakan-rakannya dari francaEvil Dead yang ikonik dan bekerjasama dalam permainan yang penuh dengan aksi multiplayer PVP! Bermain sebagai satu pasukan yang terdiri daripada empat orang yang masih hidup, sambil menjelajah, menjarah, mencipta, mengurus ketakutan, dan mencari barang-barang penting untuk membetulkan laluan antara alam dalam permainan yang diilhamkan oleh ketiga-tiga filem Evil Dead asli serta siri televisyen Ash vs Evil Dead.”
Evil Dead: The Game dijangka akan keluar pada tahun 2021 untuk platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, dan PC. Untuk liputan lebih lanjut mengenai semua berita terkini di Summer Game Fest, sila tekan pautan ini.
Sumber – Evil Dead
![[SGF 2021] Gameplay rasmi Evil Dead: The Game didedahkan! 4v1 untuk bertahan hidup!](https://cdn.gamersantai.com/2021/06/evil-dead-the-game-750x375.jpg)



![[SGF 2021] 2B akan menjadi jelly bean?! Dari NieR:Automata nampaknya akan ke Fall Guys!](https://cdn.gamersantai.com/2021/06/2B-x-Fall-Guys-75x75.jpg)




Discussion about this post