Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Setiap raksasa baru dalam Monster Hunter World: Iceborne!

Rumusan setiap raksasa yang pemain boleh jumpa dalam DLC Iceborne.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 30, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, PC, PS4, Steam
0 0
0
Setiap raksasa baru dalam Monster Hunter World: Iceborne!
Share on FacebookShare on Twitter

Monster Hunter World: Iceborne akhirnya tiba di PC dan ia membawa pelbagai jenis raksasa dan binatang untuk pemain memburu, membunuh, atau menawan. Raksasa besar adalah “BOSS” utama dalam permainan, dan memburu mereka memberi ganjaran seperti senjata dan perisai baju baru. Walaupun anda tidak boleh melawan semua raksasa pada permulaan permainan, setiap raksasa akan munculkan diri mereka selepas pemain maju dalam jalan cerita. Bagi pemain yang ingin tahu raksasa apakah yang mereka bakal bertarung, berikut adalah senarai setiap raksasa baru dalam Monster Hunter World: Iceborne!

Beotodus

Raksasa pertama yang akan kamu bertarung di Monster Hunter World: Iceborne ialah Beotodus, seekor Piscine Wyvern yang suka bersembunyi dalam salji. Ia adalah antara pertarungan awal yang sukar di dalam DLC, jadi pastikan anda bersiap sedia apabila menghadapi raksasa ini. Beotodus mempunyai beberapa abiliti dan semuanya mempunyai tanda jika anda memberi perhatian. Perkara besar untuk diperhatikan di sini adalah serangan ais Beotodus, yang boleh menyebabkan Iceblight.

Banbaro

Brute Wyvern ini mempunyai sepasang tanduk yang besar di kepalanya, dan boleh menggunakan pokok, batu, dan serpihan lain di sekitar medan perang sebagai senjata. Jika anda merancang untuk bertarung Banbaro, pastikan anda membawa banyak potion dan melatihkan kemahiran mengelak anda.

Tigrex

Berkat reka bentuknya yang unik, Flying Wyvern ini adalah satu raksasa yang menyeronokkan untuk bertarung. Berjaga-jaga kepada abiliti “roar” miliknya yang boleh stun pemain yang tidak berhati-hati. Raksasa ini mempunyai tabiat untuk menggunakan ekornya untuk menyerang, jadi cuba memberi tumpuan kepada bahagian tubuh itu secepat mungkin.

Brachydios

Raksasa terkenal ini membuat kemunculan semula ke dalam siri hasil kuasa penumbuknya yang kuat. Pastikan anda menghindari dan mengelakkan serangan Brachydios, kerana ia dengan mudah dapat mencederakan pemain yang rasa diri terlalu hebat. Di sini, pemain boleh mengambil masa untuk menewaskan rakasasa ini.

Nargacuga

Flying Wyvern ini sangat terkenal kerana daya ketahanan kepada Water dan sering dijumpai berkeliaran di sekitar Coral Highlands dan Ancient Forest. Jika anda merancang untuk bertarung Nargacuga, anda harus membawa beberapa item seperti Explosive Barrel dan Screamer Pod. Raksasa ini sensitif terhadap bunyi yang kuat, jadi anda boleh menggunakan item tersebut untuk mengganggu serangannya yang kuat dengan meletakkan Screamer Pod.

Rajang

Fanged Beast ini mungkin raksasa paling agresif yang anda akan jumpa di Monster Hunter World: Iceborne. Dengan daya ketahanan yang tinggi terhadap Fire, Thunder, dan Dragon, anda harus membawa gear berasaskan ais, kerana Rajang tidak akan berhenti menyerang sehingga ia tertewas. Lihat gerak geri Rajang dan pastikan anda mengelak daripada serangannya.

Glavenus

Brute Wyvern ini mungkin kelihatan seperti T-rex, tetapi saya jamin bahawa Glavenus lebih garang daripada dinosaur itu. Dengan ekor yang sering digunakan seperti pedang, Glavenus akan melakukan apa sahaja untuk memburu pemain yang tidak berpengalaman. Pastikan anda memberi perhatian kepada ekor dan mulutnya, kerana ia akan sering meludahkan serangan bebola api yang boleh menjadikan pemain kepada abu.

Zinogre

Zinogre adalah raksasa yang menjengkelkan. Fanged Wyvern ini bukan sahaja mempunyai serangan berasaskan Thunder yang kuat, namun ia sering menggunakan berat badannya untuk menjatuhkan pemain, agar ia dapat menyerang mereka secara berturut-turut. Pertempuran jarak jauh adalah yang terbaik dalam situasi ini, jadi pastikan anda mempersiapkan diri dengan baik sebelum memburu Zinogre.

Barioth

Antara raksasa paling ikonik dalam siri Monster Hunter, peminat pasti gembira untuk melihat Barioth membuat penampilan di Monster Hunter World: Iceborne. Menggunakan kukunya, Barioth akan bergerak dengan cepat di sekitar arena, sambil menyerang pemain dengan ekornya yang panjang atau gigi tajam. Antara pertarungan paling seronok dalam DLC, pastikan anda membawa banyak Nullberry untuk menyembuhkan efek Iceblight oleh Barioth.

Namielle

Raksasa variasi air yang berasaskan Elder Dragon Velkhana, Namielle merupakan musuh yang tidak harus dipandang rendah. Raksasa besar ini menggunakan bahagian sotongnya untuk menyerang pemain, jadi pastikan anda mengelak dari jarak serangannya ketika ia menyasari anda. Pemain boleh menghantar SOS, atau membawa party jika ingin memburu Namielle.

Velkhana

Salah satu raksasa paling sukar dalam DLC, Velkhana adalah satu lagi tambahan hebat kepada kumpulan Elder Dragons yang terdapat di Monster Hunter World. Dengan reka bentuk visual tradisional, raksasa berasaskan ais ini menggunakan serangan “spike” untuk menyerang pemain. Ia juga akan terbang di sekitar medan pertempuran untuk mengelak serangan melee pemain, di mana ia menggunakan ekornya untuk menyerang semula pemain yang terlalu dekat. Rakan-rakan dan item khusus sangat diperlukan untuk raksasa ini.

Yian Garuga

Raksasa terakhir dalam senarai ialah Yian Garuga, seekor Bird Wyvern yang menggunakan ekornya untuk menyerang musuh dari jauh. Raksasa ini juga diliputi oleh duri tajam, dan menjadikannya musuh yang sukar untuk mendekati. Sudah tentu, anda perlu tangkas ketika melawan Yian Garuga, jadi Energy Drink dan barangan Stamina lain akan sangat berguna semasa pertarungan ini.

Muat turun sekarang!! [PS4]
Muat Turun disini!! [PC]
Monster Hunter World: Iceborne
Developer: CAPCOM
Release Date: 2019-09-06
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Monster Hunter World: Iceborne adalah sebuah pengembangan untuk Monster Hunter World dan pengembangan berbayar sepenuhnya yang hadir pada 6 September 2019 di platform PlayStation 4 & Xbox One. Juga akan hadir di PC Steam 10 Januari 2020. Bersedialah berlawan dengan pelbagai raksasa dalam permainan ini!
Tags: MonsterMonster Hunter World: IcebornePCPS4
Previous Post

BioShock, The Sims 4 dan Firewall Zero Hour adalah game percuma bulan Februari ini untuk ahli PS PLUS!

Next Post

Sambut Tahun Baru Cina dengan “Raticulous Offers” dari PlayStation dan dapatkan Bundle PS4 serendah RM1,099!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Sambut Tahun Baru Cina dengan “Raticulous Offers” dari PlayStation dan dapatkan Bundle PS4 serendah RM1,099!

Sambut Tahun Baru Cina dengan “Raticulous Offers” dari PlayStation dan dapatkan Bundle PS4 serendah RM1,099!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd