Perkhidmatan Dragon’s Dogma Online bakal ditutup selamanya pada Disember 2019 ini dan muat turun client nya akan dihentikan sepenuhnya pada 11 Julai ini. MMORPG untuk PC, PS3 dan PS4 ini telah membawakan banyak kenangan kepada pemain; namun semua yang bermula pasti akan berakhir.
Gematsu melaporkan bahawa CAPCOM telah memuat naik posting di laman rasmi game ini. Antara sorotan menarik daripada posting tersebut adalah:
- Premium Currency Store game ini akan ditutup pada 11 Julai, currency berlebihan akan dibawa ke game lain.
- Muat turun client akan dihentikan pada tarikh yang sama untuk PS3, PS4 dan PC.
- Applikasi “Online Adventure Notebook” untuk iOS dan Android juga akan ditutup pada 11 Julai.
Dalam posting berbahasa Jepun, mereka memberitahu pemain agar tidak memadamkan game ini selepas 11 Julai kerana mereka tidak akan berupaya mendapatkannya kembali.
Selepas muat turunnya dihentikan 11 Julai ini, servis Dragon’s Dogma Online akan diteruskan untuk beberapa bulan agar pemain sedia ada boleh menikmati game ini sebelum ianya dihentikan serta-merta menjelang 5 Disember 2019.
CAPCOM juga menyatakan pemain tidak akan mendapat bayaran balik untuk currency dalam permainan, dalam apa jua bentuk dan ini termasuk dengan booster dalam permainan yang tidak digunakan apabila game ini tamat nanti.
Selamat tinggal..
Sumber: Techraptor
@gamersantaimy
Discussion about this post