Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Seramai 400 BLINKS menghadiri konsert maya PUBG Mobile – BLACKPINK ‘The Virtual’ di 1 Utama

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 23, 2022
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, Game, iOS, Mobile, Shooter, Tempatan
0 0
0
Seramai 400 BLINKS menghadiri konsert maya PUBG Mobile – BLACKPINK ‘The Virtual’ di 1 Utama
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk meraikan konsert maya pertama PUBG Mobile BLACKPINK ‘The Virtual’, kira-kira 400 peminat berkumpul di acara BLACKPINK ‘The Virtual’ Watch Party untuk menonton konsert in-game bersama-sama. Dianjurkan oleh FIGHT ESPORTS, acara pesta menonton itu berlangsung di Petaling Jaya Performance Art Centre, 1 Utama.

Satu kejutan besar untuk peminat, konsert maya dalam PUBG Mobile menampilkan persembahan eksklusif bagi lagu terbaru BLACKPINK ‘Ready For Love’ sebagai salah satu lagu dalam senarai konsert maya PUBG Mobile. Peminat boleh menantikan lagu penuh yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi bersama dengan video muzik dalam game, pada lewat bulan ini.

blackpink pubg mobile

Peminat BLACKPINK, juga dikenali sebagai BLINKS, berseronok di acara Watch Party, menari dan menyanyikan sepenuh hati kepada lagu popular oleh kumpulan K-Pop tersebut termasuk ‘How You Like That’, ‘Ddu-du Ddu-du’, ‘Kill This Love’ dan banyak lagi semasa sesi jamming. Peminat juga menyertai kuiz trivia untuk memenangi barangan eksklusif PUBG Mobile x BLACKPINK dan banyak lagi.

blackpink pubg mobile

Untuk menambahkan lagi keterujaan, content creator popular dan influencer ‘Unicorn Oppa’ Alex, dikenali di Instagram sebagai @alex_hfk mengambil bahagian dalam acara itu, dan melayan peminat dengan persembahan tarian K-pop yang epik dengan kumpulan tariannya KUEENDOMKINGSMAN, bersama VALERINX, sebuah lagi kumpulan tarian popular di Malaysia.

Konsert BLACKPINK ‘The Virtual’ ialah konsert dalam permainan pertama PUBG Mobile yang membawa peminat ke dunia maya untuk merasai idola kegemaran mereka. Untuk menonton BLACKPINK “The Virtual”, peminat perlu muat turun aplikasi PUBG Mobile pada peranti mereka di mana konsert maya akan disediakan untuk streaming pada waktu-waktu berikut:

  • Tarikh: 23-24 dan 30-31 Julai 2022
  • Masa: 1PM-3PM dan 8.30PM-10.30PM

Selain konsert dalam permainan, pemain PUBG Mobile boleh mendapatkan pakaian yang dipakai oleh BLACKPINK semasa persembahan maya mereka. Pakaian ini tersedia mulai sekarang hingga 31 Ogos.

Tiket percuma untuk konsert itu sudah tersedia dalam permainan untuk pemain PUBG Mobile dan BLINKS untuk pengalaman BLACKPINK terbaik dalam permainan. Pemain juga boleh mengambil bahagian dalam cabaran bertema untuk ganjaran harian istimewa. Jangan tunggu lagi, PUBG Mobile Version 2.1 Update tersedia sekarang! Korang cuma perlu muat turun sahaja.

Untuk segala liputan kami tentang PUBG Mobile, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Tags: BlackpinkBLACKPINK ‘The Virtual’BLINKSFIGHT ESPORTSpubg mobile
Previous Post

Peminat meraikan Ragnarok X: Next Generation – War of the Chosen S2 bersama AppGallery

Next Post

Marvel dedahkan tajuk-tajuk untuk MCU Phase 5 serta tarikh tayangannya! Teaser Phase 6 juga ada!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Marvel dedahkan tajuk-tajuk untuk MCU Phase 5 serta tarikh tayangannya! Teaser Phase 6 juga ada!

Marvel dedahkan tajuk-tajuk untuk MCU Phase 5 serta tarikh tayangannya! Teaser Phase 6 juga ada!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd