September 1999, adalah game indie yang dibuat oleh 98Demeke. Game ni ada elemen Aesthetic horror yang semua orang minat, tak lupa juga yang game ni pun ada ala-ala Five nights at freddy’s yang menjadi kegilaan dulu. Tapi game ni ramai kata tak lama dan kalau nak diikutkan game ni actually menarik dari segi style dia sahaja.
*Bawah ni adalah teaser game September 1999*
Apa mission game ni? Actually game ni korang kena roaming dalam rumah dan tengok sekeliling untuk tengok apa yang berlaku dan try rungkaikan game ni. Environment game ni memang buat korang rasa tak selesa dari segi seram dia yang korang akan rasa “benda” tu akan follow korang dan makesure korang berjaga-jaga. Game ni juga gunakan engine Unity, sama dengan Slenderman.
Game ni sekali pandang memang nampak cam Silent Hill: PT yang kena cancel tu (I’m Still mad you Konami), memang rasa seram dia dan suspense, memang game ni nampak potensi untuk pergi jauh dalam horror game yang orang ramai perlukan. Dan lagipun game ni PERCUMA! Tak berat pun, aku rasa semua PC, boleh main game ni.
Bagi aku, aku rasa game camni memang patut dimainkan sebab game memang rugi kalau korang tak cuba dan game ni memang khas untuk peminat Silent Hill, VHS, Outlast, FNAF dan kebanyakkan horror game dalam ni memang bagus tapi aku cuma harapkan game ni dipanjangkan lagi pada masa akan datang.
Untuk sesiapa nak try main game ni boleh tekan button kat bawah.
@gamersantaimy
Discussion about this post