Dust 2 sangat berkait rapat dengan Counter-Strike sehingga Valve sendiri menambah versi map klasik “retro” ini ke CS: GO pada awal musim panas ini untuk ulang tahun ke-20 Counter-Strike pertama. Tetapi seorang ahli mod mahukan versi Dust 2 yang lebih setia kepada map asal berbanding ciptaan retro Valve. Beliau menggunakan teknologi AI untuk menaik taraf tekstur Dust 2 asal dan menggantikannya dalam versi custom yang boleh korang jumpa di CS:GO workshop.
Modder “3kliksphilip” juga memuat naik video YouTube yang boleh anda lihat di bawah yang menerangkan proses beliau dalam meningkatkan tekstur lama.
Proses upscaling paling menyerlah adalah di persekitaran latar belakang yang dipanggil skybox. Upscaling dengan AI mengubah gunung jauh dan awan yang di peta Dust 2 daripada sesuatu yang terlalu kabur menjadi sesuatu yang sangat artistik. Ini adalah contoh yang lebih baik berbanding tekstur asal untuk Counter-Strike.
Jika korang berminat untuk bermain versi Dust 2 ini, boleh lihat mod ini di Steam workshop.
Sumber – Steam
@gamersantaimy
Discussion about this post