One Punch Man ialah salah satu daripada anime yang paling terkenal dan terhebat sepanjang zaman ini. Ia mendapat pelbagai pujian di dalam komuniti anime dan merupakan salah satu daripada beberapa anime sejak 3 – 4 tahun ini yang menyediakan sebuah asas bagi orang-orang di luar komuniti anime untuk mula berminat ke dalam anime.
One Punch Man mudah dihadam untuk orang baru dan masih dapat menarik minat otaku tegar. Di sini, saya telah membuat kajian sendiri dan menyediakan sebuah senarai untuk watak-watak One Punch Man paling kuat buat masa ini di manga dan anime. Korang harus ingat, ini bukan senarai pasti dan pasti akan diubah suai pada masa akan datang. Tadada~ Saya mempersembahkan…
RAJA kepada SEGALANYA
-
Saitama
Saitama adalah protagonis utama One-Punch Man dan buat masa ini, berpotensi menjadi makhluk paling kuat pernah wujud dalam siri ini. Saitama menghadapi krisis kewujudan yang dikenakan oleh sendiri, kerana dia kini terlalu kuat untuk merasa keseronokan di dalam pertempuran.
Pada mulanya, beliau hanya sebuah “hero for fun”, tetapi kemudian menjadi hero profesional untuk Hero Association, dan mempertahankan masyarakat di Z-City daripada raksasa, penjahat, dan ancaman-ancaman lain. Di bawah Hero Association, beliau diberi nama Caped Baldy, dan kini duduk di kedudukan B-Class Rank 7.
Taraf GOD
-
Blast
Blast adalah hero profesional S-Class Rank 1 untuk Hero Association. Lokasinya masih tidak diketahui dan tidak ada butiran mengenai keperibadian Blast, kerana beliau tidak membuat penampilan di dalam manga. Beliau juga tidak mendedahkan maklumat peribadinya dalam Katalog Hero Association.
Dua tahun yang lalu, Blast melawan Elder Centipede, sebuah raksasa bertaraf Dragon dan hampir menewaskannya. Walau bagaimanapun, raksasa tersebut berjaya melarikan diri di bawah tanah sebelum Blast berjaya menyelesaikannya.
Taraf DRAGON +
-
Tatsumaki
Tatsumaki, juga dikenali dengan alias Hero, Tornado of Terror merupakan hero professional S-Class professional rank ke-2 di dalam Hero Association. Beliau adalah seorang esper, dan kakak serta guru kepada Fubuki. Beliau dan adiknya juga dikenali sebagai Psychic Sisters.
Sebagai esper yang paling kuat dalam siri, Tatsumaki memiliki kemahiran yang melampau dalam menggunakan kemampuan psikiknya, sama ada untuk menyerang, bertahan, atau kegunaan-kegunaan lain. Pengetahuan Tatsumaki tentang kekuatan psikik juga sangat luas seperti kemahirannya.
-
Boros
Boros, juga dikenali sebagai Lord Boros oleh bawahannya, adalah pemimpin Matter Pencuri Matter, sekumpulan penceroboh asing yang bertanggungjawab memusnahkan A-City. Seperti Saitama, Boros menghadapi krisis kewujudan diri selepas menjadi begitu kuat sehingga tiada apa yang mampu beri keseronokan kepadanya. Boros tiba ke Bumi kerana tilikan menyatakan bahawa dia akan mencari seteru yang layak. Boros adalah antagonis utama untuk Alien Conquerors Arc.
Setelah dikalahkan, dia kelihatan tenang dengan kematiannya yang hampir pasti, tetapi masih berpuas hati dengan pertarungannya bersama Saitama kerana sangat hebat seperti yang diinginkannya, walaupun dia bukan pemenang.
-
Garou
Garou adalah bekas murid Bang AKA Silver Fang yang dihalau dari dojo atas sikapnya yang ganas. Kerana minat dan tarikannya terhadap Monster dan kebenciannya terhadap Hero, beliau dikenali sebagai Human Monster dan Hero Hunter. Sitch daripada Hero Association menganggapnya sebagai sebuah ancaman yang serius kepada organisasi walaupun Garou hanya manusia.
Dilengkapi dengan kebolehan dan sifat fizikal yang kuat, Garou mampu bertarung setanding dengan kebanyakkan Hero S-Class. Pada penghujung Hero Hunt, Garou telah mengalahkan lebih daripada 100 hero.
Taraf DRAGON Sederhana
-
Child Emperor
Child Emperor ialah Hero Professional S-Class rank ke-5 di Hero Association. Setakat ini, beliau adalah hero yang paling muda dalam Hero Association. Beliau mempunyai makmal sendiri di Y-City dan melalui taktik dan alatnya, beliau mampu mengalahkan pelbagai Monster, sama ada melalui taktik peperangan guerilla atau pertempuran secara depan.
Child Emperor juga mampu bersaing hanya diri sendiri dengan monster taraf Dragon. Di manga baru-baru ini, beliau berjaya mengalahkan Phoenix-Man yang seringkali dibangkitkan.
-
Bang
Bang, lebih dikenali oleh alias heronya, Silver Fang, adalah seorang hero profesional dan guru seni mempertahankan diri. Beliau adalah Hero S-Class rank ke-3 tertinggi di Hero Association dan diiktiraf sebagai salah satu hero yang paling kuat. Beliau kini menetap di Z-City. Bang juga merupakan salah satu yang benar-benar mengenali kekuatan Saitama.
Beliau mampu membunuh banyak raksasa bertaraf Dragon dengan mudah, sesuatu yang hanya beberapa S-Class Heroe dan Saitama sahaja boleh lakukan. Dia terkenal sebagai idola dan harta karun yang taraf hampir sama seperti dewa, lantas menjadikan beliau salah seorang seniman bela diri yang paling mahir dan berkuasa di dunia, walaupun dia sudah lama melepasi zaman kegemilangan.
-
Atomic Samurai
Kamikaze dikenali dengan alias hero Atomic Samurai, adalah hero profesional S-Class Rank 4 untuk Hero Association. Beliau juga adalah pakar pedang dan ahli untuk Council of Swordmasters.
Atomic Samurai ialah seorang pakar pedang yang hebat. Legend berkata beliau boleh membunuh lebih kurang 100 musuh dengan setiap serangan. Serangan pedangnya begitu cepat dan kuat sehingga musuh-musuh dikurangkan ke dalam banyak bahagian tanpa sempat untuk bertindak balas. Dia mampu memotong raksasa sehingga menjadi halus dengan menggunakan hanya sebatang pencungkil gigi.
-
Flashy Flash
Flashy Flash ialah hero profesional S-Class Rank 13 untuk Hero Association dan bekas ahli untuk “44th Graduation Class: The End”.
Daripada segi kelajuan, Flashy Flash boleh dikatakan sebagai hero S-Class terpantas di dalam association. Beliau boleh bertarung dengan dua monster kuat bertaraf Demon yang terkenal dengan kelajuan luar biasa mereka, iaitu Hellfire Flame dan Wind Gale, secara serentak tanpa menerima apa-apa kecederaan atau keletihan. Flashy Flash juga merupakan bekas no.1 untuk “44th Graduating Class” yang Speed-o’-Sound Sonic berasal dari.
-
Zombieman
Zombieman dicipta oleh House of Evolution dan merupakan hero profesional S-Class Rank 8 untuk Hero Association.
Digambarkan sebagai “seorang lelaki yang walaupun nazak, tidak boleh mati”, Zombieman memiliki salah satu kemampuan regenerasi terbaik di dalam siri ini. Beliau mampu regenerasi semula mana-mana anggota badannya tidak kira betapa teruknya kecederaan itu, dan mempunyai kemampuan yang luar biasa daripada segi fizikal. Beliau juga mempunyai daya tahan stamina paling mengagumkan dalam siri dan mampu bertarung berjam-jam manakala kadar pemulihannya menguruskan kecederaan yang lebih serius dia hadapi.
@gamersantaimy
Discussion about this post