Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BoBoiBoy Movie 3 Dijadual Tayang Pada Pertengahan 2027

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 1, 2026
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
BoBoiBoy Movie 3 Dijadual Tayang Pada Pertengahan 2027
Share on FacebookShare on Twitter

Monsta Studio telah melancarkan teaser trailer pertama bagi BoBoiBoy Movie 3. Video ini juga mengesahkan bahawa filem ketiga dalam francais animasi popular tersebut bakal ditayangkan di pawagam sempena musim cuti sekolah pada pertengahan tahun 2027.

Trailer kali ini membayangkan jalan cerita yang lebih serius, dengan memberi tumpuan kepada beban tanggungjawab yang perlu dipikul oleh BoBoiBoy.

“Aku… Aku tak pasti kalau aku mampu pikul semua ni. Kuasa ni… bukanlah lagi satu anugerah.”

Teaser ini turut memperkenalkan watak baharu bernama Kira’na. Sambil memegang sebilah tongkat sakti, beliau meluah hasrat untuk:

“Aku perlukan kuasa Voltra. Kuasa warisan keluarga aku.”

Babak bertukar kepada BoBoiBoy bersama rakan-rakannya (Yaya, Ying, Gopal, dan Fang) yang muncul dari portal di tengah dewan istana. Mereka disambut dengan ucapan mendebarkan:

“Selamat tiba… ke Gur’latan.”

Baki teaser tersebut kemudian bertukar kepada montaj aksi pantas.

Diarahkan oleh Nizam Razak dan ditulis bersama Anas Abdul Aziz, BoBoiBoy Movie 3 diterbitkan serta diedarkan dengan kerjasama Astro Shaw. Filem ini merupakan filem ketiga dalam francais ini, selepas kejayaan BoBoiBoy: The Movie (2016) dan BoBoiBoy Movie 2 (2019).

Filem baharu ini menjadi kesinambungan kepada siri animasi BoBoiBoy Galaxy yang membawa kumpulan wira ini ke planet Gur’latan. Plot utama mengikuti perjuangan BoBoiBoy untuk mengaktifkan kuasa elemental tahap ketiga demi menghadapi ancaman baharu.

Tags: BoBoiBoy Movie 3
ShareTweetSend
Previous Post

Akibat Boikot, Pasangan Werewolf Valko Dibatalkan Daripada Love and Deepspace

Next Post

Previu DOOM: The Dark Ages | Revelations – Slayer Bangkit Dari Purgatory

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun
Berita

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

August 18, 2026
Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation
Berita

Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation

August 18, 2026
Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental
Berita

Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental

August 18, 2026
Next Post
Previu DOOM: The Dark Ages | Revelations – Slayer Bangkit Dari Purgatory

Previu DOOM: The Dark Ages | Revelations - Slayer Bangkit Dari Purgatory

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd