Macam yang kita tahu, hampir kesemua cerita Marvel ada sekuel dan plot twist di pengakhiran cerita kan? Tapi sekarang kita sembang pasal game! Dalam game pun sama okay, siapa yang suka kalau dalam pengakhiran game tergantung kan. Lagipun ianya merupakan keputusan pemain untuk berusaha ke pengakhiran dari setiap plot twist yang dilalui. Tapi kadang-kadang ada pula satu plot twist sesat di pengakhiran permainan yang disimpan di kredit terakhir, dah pasti lah ada pemain yang mengeluh kan sebab ingat dah habis dah game ni! Rupanya ada drama lagi!
Okay-okay, jom kita lihat sendiri antara lima permainan yang mempunyai plot twist sesat dekat kredit terakhir ni!
Metal Gear Solid
Pengakhiran Metal Gear dengan pertempuran klimaks di atas Metal Gear REX dengan berlari secara berani ketika menembak musuh dan akhirnya Liquid Snake mati dengan FOXDIE – memang nampak pengakhiran yang gempak kat situ. Sehingga Meryl dan Snake bergerak ke arah matahari terbenam dan sampai ke kredit permainan hingga tiba-tiba Revolver Ocelot bercakap dengan Presiden A.S, nampaknya Ocelot bukan setakan ejen dua muka rupanya Presiden adalah Solidus Snake kiranya klon ketiga untuk Big Bos. Kiranya plot ni disambungkan dalam Metal Gear Solid 2~
Kingdom Hearts 3
Menggunakan kuasa ‘Awakening’, Sora menghidupkan kembali Kairi dimana ianya berakhir dengan gembira dan dipotong terus ke Destiny Island. Tapi apa sebenarnya jadi kepada Sora selepas itu? Ianya dianggap Sora membuat pengorbanan demi menyelamatkan cinta sejatinya. Tapi sebenarnya, kalau korang dapat mengumpul banyak Lucky Emblems, korang dapat membuka satu filem rahsia yang bernama “Yozora” . Di situ korang boleh lihat sendiri Sora sebenarnya ada di dunia Verum Rex dengan Noctics yang kelihatan seperti Yozora mengintipnya dimana seperti Shibuya.
Sumber: Youtube BFD
Days Gone
Selepas menghabiskan keseluruhan cerita utama permainan ini, Deacon mendapat panggilan dari seorang penyelidik NERO bernama O’Brian. Pemain mungkin menyangkakan beberapa lagi plot twist dari situ, ternyata O’Brian sebenarnya telah dijangkiti dan merupakan seorang Freaker juga! NERO nampaknya menyedari kesan virus tersebut pada O’Brian dan nampaknya seperti merancang sesuatu. O’Brian akhirnya beransur tetapi pintu untuk ke sekuel dibuka.
Sumber: Youtube BFD
God of War 4
Kredit mula keluar apabila Kratos dan Atreus akhirnya menyelesaikan kesemua pencarian mereka, kemudian bila pulang ke rumah, post kredit berlaku. Ketika sedang tenang dalam tidur, tiba-tiba kedua wira ini dibangkitkan dengan bunyi bising di luar, rupanya mereka dikejutkandengan kehadiran Thor. Diselubungi kilat petir, secara tiba-tiba Kratos dan Atreus terbangun semula, dan Atreus menyatakan dia telah bermimpi pelik.
Sumber: Youtube【XCV//】
Final Fantasy 10
Dalam Final Fantasy 10, bandar Zanarkhand dimusnahkan dan mangsa yang terselamat mencipta versi “impian” melalui kenangan mereka. Tidus dan Jecht adalah sebahagian daripada ilusi dan satu-satunya perkara yang terus menerus adalah dosa yang bertentangan. Di bahagian akhirdimana orang-orang yang selamat Zanarkhand dibebaskan, Yuna bersumpah untuk memulihkan dunia Spira dan Tidus hilang. Tetapi yang sebenarnya Tidus terbangun di bawah air dan berenang ke permukaan sebelum menghilang.
Sumber: Youtube Shirakko
Haaa tu la korang, bila dah habis off terus PC, Konsol korang tu semua, ada yang terlepas tak? Ke ada yang dah tengok? Sebenarnya banyak lagi permainan yang ada post credit ni, tapi harini kami kongsi takat sini ye. Moga terhibur geng!
@gamersantaimy
Discussion about this post