Semenjak kemunculan Apex Legends, ramai pemain mula membincangkan tentang character mana yang lebih mantap. Game ni memberikan masa yang banyak dimana ini membolehkan setiap character punya ability di showcase kan untuk kebanyakkan pertempuran.
Senarai ini adalah berdasarkan pilihan pemain sendiri. Ini tak bermakna korang kena tukar pilihan korang, teruskan dengan character pilihan anda, walaupun dia paling last dalam ni.
NORA BAGI 4 BINTANG
Lifeline
Tertinggi sebab kebolehannya memanggil high-tier loot, dia adalah aset ketika early dan mid-game. Satu kelemahan adalah disebabkan kemunculan roket di langit, sekali dengan thrusters dan kesan bunyi boleh mendedahkan kedudukan korang kepada musuh.
Kebolehan pasif dia iaitu revive faster dan heal 25% faster memang best. Lagi satu directional shield yang keluar masa nak revive. Fuh..
Bangalore
Fog Grenade dia boleh digunakan banyak cara. Nak lari dari pertempuran yang macam nak kalah, ataupun buat asap yang boleh digunakan dengan Digital Threat Optic yang mengesan musuh dalam asap. Senang makan musuh yang tak nampak.
Rolling Thunder artillery pulak boleh force musuh keluar dari persembunyian.
3 BINTANG – BOLEH GUNA NI
Pathfinder
Boleh swing macam Spider-Man, robot ni senang nak pegi mana-mana macam rooftop. Dia ada permanent zipline yang boleh digunakan ahli sepasukan dimana dalam sesetengah map, penting untuk melarikan diri ataupun menyelamatkan team mate yang mati kat dasar sungai.
Kebolehan pasif Inside Knowledge, memberikan kelebihan kepada pasukan dengan menunjukkan lokasi ring seterusnya; sekiranya robot ni boleh sampai kepada salah satu elevated beacon dalam map. Tapi badan besar menyebabkan dia jadi sasaran yang mudah.
Wraith
Boleh jadi invulnerable untuk beberapa saat, mungkin satu kebolehan taktikal yang best. Tapi yang tak best lepas tu ada kesan-kesan biru yang ditinggalkan. Ini satu kebolehan yang korang kena pandai main.
Kebolehan Dimensional Rift pulak kena digunakan dengan bijak sebab portal tu tak lama. Tapi kebolehan pasif dia membantu, iaitu satu alert yang memberitahu sekiranya dia menjadi sasaran.
2 BINTANG – SAJA-SAJA GUNA
Bloodhound
Kebolehan Q Bloodhoud sangat membantu ketika pertempuran yang ada bangunan ataupun dalam situasi formasi berbatu; dimana ia akan menunjukkan lokasi musuh. Tapi lepas guna ability ni, kesan oren dari Bloodhound ni macam buat pengumuman dimana penggunanya berada.
Speed boost dia pulak membolehkan pengguna yang berpengalaman untuk memberikan kemenangan kepada Bloodhound dalam game yang nampak 50-50 ataupun nak kejar pasukan yang dah nak kalah.
Gibraltar
Kebolehan bubble shield watak ni sangat sesuai untuk bertahan daripada serangan hendap ataupun untuk cover kawan yang nak revive kalau takde Lifeline. Tapi gun shield dia yang diaktifkan masa dia tengah aim tak kuat mana dan boleh memberikan tanggapan yang tak tepat tentang penggunanya protected.
1 BINTANG – KALAU BOLEH JANGAN GUNA
Mirage
Pemain yang nervous ataupun tak berpengalaman mungkin akan terganggu dengan bayangan Mirage. Tapi lepas lama main Apex, kebanyakkan pemain boleh kenal mana satu decoy.
Kebolehan pasif dia pun macam tak best, yang diaktifkan bila dia knocked down, tapi dia tak invisible sepenuhnya pun.
Caustic
Perangkap gas dia terlalu besar, lambat nak deploy dan sangat obvious. Ianya jugak senang nak dielakkan. Mana korang suka, musuh duduk terperuk dalam bangunan; baling gas beracun ke atau frag grenade? Sila pilih. Pastu kalau kena teammate, diorang tak boleh berlari.
Apapun pilihan korang, enjoy the game gais!
@gamersantaimy
Discussion about this post