OK mari kita tengok apa yang terkini dalam Update #26 Test Servers PUBG.
Ada 2 kenderaan baru untuk Vikendi, Replay Editor functionality jadi makin cun dan jugak Flare Gun yang membuat kemunculan semula. Selain tu ada jugak beberapa UI updates, sokongan untuk Steam dan Discord dan banyak bug fix lain yang address issues macam fix untuk rate of fire pemain diganggu oleh frame rate.
Kenderaan Baru: Zima
- Zima menggantikan UAZ kat Vikendi
- Controls tak perfect, tapi 4×4. Sesuai sangat main kat sini
- Slow tapi kuat
Kenderaan Baru: Snowbike
- Ganti motor kat Vikendi
- Durability cap ayam, tapi laju dan senang control
Flare Gun
- Akan spawn kat public matches dan spawn sebagai rare item
- Tembak terus lepas dapat lepas blue zone tutup untuk panggil special care package, player lain akan tau sebab akan muncul kat UI; sekali dengan drop location.
- Tembak dalam safe zone dapat care package dengan loot yang banyak, kalau luar safe zone dapat armored UAZ. Yang ni player lain takkan tau.
- Spawn rate berlainan untuk setiap map.
Survivor Pass: Vikendi
- Akan berakhir 26 Feb 1800 PST, sekali dengan jualan item level-up.
- Akan ada grace period untuk claim rewards yang tak dituntut selepas tamatnya Survivor Pass sampai 12 Mac 1800 PST.
Survivor Title System Beta Season 2
- Season 2 dilanjutkan sehingga Mac 19, nak kasi lebih masa untuk pemain capai milestone untuk dapatkan season reward.
- Nak tengok rewards pegi kat Season>Overview lepas klik Season Rewards
Gamplay
- Untuk fix rate of fire berubah berdasarkan FPS, hanya akan diupdate kat test server dari 19 Feb – 26 Feb.
- Takkan update kat live server pada 26 Feb.
- Feedback pemain akan dikumpul dan akan dianalisis sebelum implement kat live server.
- Improve kesan reflective kat lens kat scope.
- Tayar kenderaan akan musnah lepas kenderaan meletup.
UI/UX
- Feature preview ditambah baik
Performance
- Game loading ditambah baik
- FPS ditambah baik dengan optimizing proses rendering in-game foliage.
- Hit criteria Molotov ditambah baik.
Banyak lagi mende yang di godek dalam Update #26 ni. Kitorang amik snips yang mana kitorang rasa korang kesah. Tapi kalau rasa nak baca sendiri list panjang tu, silakan.
@gamersantaimy
Discussion about this post