Baru-baru ni satu video tular kat media sosial, kat satu fighting game convention iaitu Anime Ascension 2019. Video ni menunjukkan seorang pemain game fighting dan streamer Twitch; Joeseff.
Apa yang menarik perhatian adalah dia menggunakan controller Guitar Hero untuk mengalahkan lawan dalam game yang kelihatan macam salah satu daripada siri Guilty Gear.
Kelihatan Joeseff menggoreng gila babeng punya masa lawan, yang mana gitar dia punya button strum tu digantikan dengan fight stick. Lawan dia pakai fight stick yang biasa tu; tapi Joeseff punya skill goreng terlalu mantap untuknya.
are you serious? pic.twitter.com/9CUtkLbmXG
— PG MarlinPie @ NYC (@MarlinPie) February 16, 2019
Ada jugak yang mencadangkan Joeseff untuk cuba controller lain untuk game fighting lain. Antaranya bongo Donkey Kong, sebab ada orang penah main Dark Souls 3 dengan alat ni.
Lagi karut ada yang cadangkan guna mikrofon. Yang macam Sing Star tu kot? Tak sure camne nak set kalau main game fighting, mungkin macam cerita Real Steel tu kot? LEFT, RIGHT, UPPERCUT!
@gamersantaimy
Discussion about this post