Selamat datang ke pengumuman baru Games with Gold untuk Xbox One dan Xbox 360! Di Xbox One, bertahan hidup menentang segala ancaman di game misteri Inside dan kemudian berseronok bermain dengan kawan-kawan di Big Crown: Showdown. Di Xbox 360, dan (Xbox One, melalui Backward Compatibility) korang boleh bermain game klasik side-scrolling Castlevania: Symphony of the Night dan kemudian pergi menyelamatkan masa depan dalam Meet the Robinsons.
Semua permainan video disediakan secara eksklusif untuk ahli Xbox Live Gold untuk masa yang terhad sebagai sebahagian daripada Games with Gold. Dengan Xbox Live Gold, korang bakal dapat perkhidmatan multiplayer yang paling maju, permainan video percuma, dan diskaun eksklusif ahli untuk permainan video di Microsoft Store!
Inside – 1 Julai – 31 Julai Xbox One
Main game puzzle-platformer terkenal dan hebat,, Inside.Diburu dan bersendirian, pemain akan mengawal seorang budak lelaki di persekitaran yang menyeramkan, bertahan hidup daripada segala bentuk perangkap maut serta musuh dan mengembara ke pusat sebuah institut rahsia. Misteri apa yang sedang menunggu anda?
Big Crown: Showdown – 16 Julai – 15 Ogos Xbox One
Rakan anda akan menjadi musuh anda dalam Big Crown: Showdown. Bersaing untuk takhta dalam 4-player local co-op atau online multiplayer di tiga dunia berbeza yang penuh dengan keseronokan. Bergaduh di pertempuran paling gila dan mengelak pelbagai perkara bahaya di sebuah judul yang harus dimainkan untuk gamer daripada semua peringkat umur.
Castlevania: Symphony of the Night – 1 Julai – 15 Julai Xbox One/ Xbox 360
Istana Dracula telah bangkit semula dan kini menjadi misi anda untuk menyelamatkan dunia daripada ancaman supernatural di Castlevania: Symphony of the Night. Di game 2D adventure/ RPG platform ini, berlawan dengan kuasa-kuasa kejahatan, upgrade armour dan stats anda, dan selesaikan misteri tentang apa yang terjadi pada wira sebelumnya, Richter Belmont. Sebuah permainan video non-linear dan mempuyai pelbagai ending membuat game klasik ini harus dimainkan.
Meet the Robinsons – 16 Julai – 31 Julai Xbox One/ Xbox 360
Selamatkan masa depan dengan merentasi ke masa lalu di Meet the Robinsons. Berdasarkan filem animasinya, korang harus membantu Wilbur Robinson mengejar Bowler Hat Guy dan topi robotnya, Doris, melalui masa dan menghalang rancangan jahat mereka. Dilengkapi dengan pelbagai gajet saintifik, selesaikan setiap teka-teki dan berlawan musuh untuk membetulkan aliran masa anda!
@gamersantaimy
Discussion about this post