Adakah anda tertanya-tanya mengenai tarikh pelancaran untuk game-game terbaru yang akan keluar pada bulan Ogos? Jika ya, anda berada di tempat yang sepatutnya kerana di sini kami telah menyenaraikan beberapa permainan video yang akan datang ke PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch serta PC! Dengan senarai rujukan yang kami berikan ini, anda tidak perlu susah untuk mencarinya di tempat lain. Antara permainan-permainan video yang akan hadir untuk bulan Ogos ini:
Shadowverse: Champion’s Battle (Switch) – 10 Ogos
Shadowverse: Champion’s Battle adalah versi game permainan kad mudah alih / PC berbilang pemain yang strategik untuk platform pengguna. Semasa pemain meneruskan permainan, mereka dapat mengumpulkan kad baru untuk membina geladak yang lebih kuat. Permainan ini dapat dialami secara solo, atau pemain boleh bermain online untuk pertandingan berbilang pemain untuk menguji strategi baru yang kompleks terhadap yang lain.
Naraka: Bladepoint (PC) – 12 Ogos
Naraka: Bladepoint tidak mempunyai banyak cerita di luar sekumpulan watak yang lebih menyerupai dewa yang saling bertarung. Permainan ini difokuskan untuk online dengan pelbagai mod berbilang pemain dan peta bernama Interaction. Pemain akan menggunakan manuver melalui peringkat ketika mereka mencari jalan untuk mengatasi lawan.
Hades (PS5/PS4/Xbox/Switch/PC) – 13 Ogos
Hades adalah permainan video roguelike action dungeon crawler yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Supergiant Games. Ia dikeluarkan untuk Microsoft Windows, macOS, dan Nintendo Switch pada 17 September 2020, yang diikuti dengan pelepasan akses awal pada bulan Disember 2018.
Pemain mengawal Zagreus, anak lelaki Hades, ketika dia berusaha melarikan diri dari Underworld untuk menuju ke Mount Olympus. Setiap larian mencabar pemain melalui rangkaian bilik secara rawak yang dipenuhi musuh dan ganjaran. Permainan ini mempunyai sistem tempur hack dan slash, dimana pemain menggunakan kombinasi serangan senjata utama mereka, kelajuan dash, dan kemampuan sihir untuk mengalahkan musuh sambil mengelakkan dari damage sebanyak mungkin.
Ghost of Tsushima Director’s Cut (PS4/PS5) – 20 Ogos
pemain bakal melakukan pengembaran baru bersama Jin Sakai di lokasi yang akan diterokai, bertemu watak baru dan menyelesaikan kisah di Iki Island! Pulau yang terletak di sebelah tenggara Tsushima ini telah diserang oleh orang Mongol, dan Jin perlu menewaskan pemimpin mereka, iaitu seorang dukun yang hebat bernama Ankhsar Khatun atau “The Eagle”. Dia bukan sahaja mampu menakluk jajahan, malah Ankhsar Khatun bakal menjadi musuh luar biasa yang tidak pernah Jin hadapi sebelum ini.
Bagi menghentikan ancaman dari Ankhsar Khatun dan orang Mongol, Jin perlu kembali semula ke Iki Island untuk menghilangkan ketakutan dan trauma lamanya. Dengan kepulangan Jin ke Iki Island, dia akan mempelajari lebih banyak tentang sejarah gelap yang menghantui klan Sakai selama ini.
Aliens: Fireteam Elite (PS5/PS4/Xbox/PC) – 24 Ogos
Aliens: Fireteam Elite adalah game multiplayer third-person shooter yang dibangunkan oleh Cold Iron Studio bersama kolaborasi Disney Century 20th Games. Game ini mempunyai lima kelas watak seperti Gunner, Demolisher, Technician, Doc, dan Recon. Anda boleh mencuba bermain pelbagai kempen cerita, menyertai dua sekutu, lima level yang sukar, penyesuaian senjata dan perkembangan watak dalam game ini.
- In Sound Mind (PS5/PC) – 3 Ogos
- Apex Legends: Emergence (PS5/PS4/Xbox/Switch/PC) – 3 Ogos
- Hunter’s Arena: Legends (PS5/PS4/PC) – 3 Ogos
- Dodgeball Academia (Xbox/Switch/PS4/PC) – 5 Ogos
- City of Gangsters (PC) – 9 Ogos
- Godfall (PS5/PS4/PC)
- Foreclosed (PS5/PS4/Xbox/Switch/PC) – 12 Ogos
- Cardaclysm: Shards of the Four (PS5/PS4/Xbox/Switch/PC) -13 Ogos
- RiMS Racing – 19 Ogos
- Yuoni (PS5/PS4/Xbox/PC) – 19 Ogos
- Madden NFL 22 (PS5/PS4/Xbox/PC) – 20 Ogos
- Sniper: Ghost Warrior Contracts 2 (PS5/PS4/Xbox/PC) – 24 Ogos
- Psychonauts 2 (PS5/PS4/Xbox/Switch/PC) – 25 Ogos
- KeyWe (PS5/PS4/Xbox/Switch/PC) – 31 Ogos
- Song of Iron (Xbox/PC) – 31 Ogos
- Beyond Mankind: The Awakening (PC) – 31 Ogos
- Rogue Spirit (PC) – 31 Ogos
Itu sahaja senarai game yang akan dilancarkan pada bulan Ogos ini! Harap ianya bermanfaat dan anda boleh mula buat budget untuk game yang ingin dimiliki.
@gamersantaimy
Discussion about this post