Seperti yang kita tahu, game seram merupakan game yang disukai oleh sesetengah orang. Kalau kita ingat semula, ramai content creator mendapat view yang ramai kerana reaksi mereka ketika bermain game seram. Daripada syarikat indie sehingga syarikat yang menghasil game AAA, senarai game seram terbaik pasti akan mempunyai pelbagai genre. Tanpa membuang masa, mari saya tunjukkan senarai game seram yang meletup!
Outlast
Outlast ialah game first-person bergenre seram survival yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Red Barrels. Game ini mengisahkan seorang wartawan dan penyiasat bebas bernama Miles Upshur. Dia memutuskan untuk menyiasat hospital psikiatri terpencil bernama Mount Massive Asylum yang terletak jauh di pergunungan Lake Country, Colorado.
The Quarry
The Quarry ialah game seram interaktif yang dinbangunkan oleh Supermassive Games dan diterbitkan oleh 2K. Pemain akan bermain sebagai sembilan kaunselor remaja yang harus bertahan pada malam terakhir mereka di kem musim panas Hackett’s Quarry di kalangan makhluk ghaib dan penduduk tempatan yang ganas. Pemain boleh membuat banyak pilihan sepanjang game ini berlangsung yang akan menjejaskan perkembangan watak, hubungan, plot cerita dan pengakhirannya. Nasib kesemua sembilan watak tersebut bergantung kepada pemain, iaitu anda sendiri.
Little Nightmare II
Little Nightmares II ialah sebuah game seram platformer teka-teki yang dibangunkan oleh Tarsier Studios dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Ia adalah prekuel kepada Little Nightmares pertama yang dikeluarkan pada 2017. Cerita ini berlangsung dengan pengembaraan Mono yang harus bekerjasama dengan Six, watak utama Little Nightmares, untuk bertahan daripada kengerian Pale City dan menemui rahsia gelap bandar tersebut.
Scorn
Scorn iaah game first-person biopunk survival adventure seram yang dibangunkan oleh Ebb Software dan diterbitkan oleh Kepler Interactive. Game ini diilhamkan oleh karya artis visual H. R. Giger dam Zdzisław Beksiński. Game ini akan berlaku di antara dua protagonis: protagonis pertama tersedar dan cuba menyeberangi kawasan terbiar menuju ke menara yang dilihat daripada jauh sebelum terjatuh ke dalam lubang besar. Protagonis kedua muncul dari struktur seperti telur dan melarikan diri daripada ruang telur yang besar sebelum memasuki hab pengangkutan yang penuh dengan entiti parasit. Apakah nasib mereka berdua?
Alien: Isolation
Alien: Isolation ialah sebuah game seram survival yang dibangunkan oleh Creative Assembly dan diterbitkan oleh Sega. Berdasarkan daripada siri filem Alien, game ini berlatarkan 15 tahun selepas peristiwa filem 1979 Alien yang original, mengikuti jurutera Amanda Ripley, anak perempuan kepada protagonis filem Alien, Ellen Riple, semasa dia menyiasat kehilangan ibunya di stesen angkasa Sevastopol.
Sebaik sahaja tiba di sana, Amanda mendapati stesen tersebut berada dalam keadaan kucar-kacir disebabkan oleh makhluk asing yang berkeliaran di sana dan harus mencari jalan untuk melarikan diri. Game ini fokus kepada gameplay bersembunyi dan game seram survival, memerlukan pemain untuk mengelak, melawan musuh dengan kebijaksanaan dan alat seperti motion tracker dan penyembur api.
Resident Evil 7: Biohazard
Resident Evil 7: Biohazard ialah sebuah game seram survival yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Capcom. Pemain akan mengawal watak bernama Ethan Winters ketika dia ingin mencari isterinya yang telah lama hilang. Game ini berbeza dengan RE 5 yang lebih fokus dengan aksi, RE 7 kembali menjadi lebih seram daripada RE 6 . Anda akan berlawan dan menyelesaikan teka-teki untuk menolong Ethan mencari isterinya. RE 7 juga merupakan game Resident Evil pertama yang menggunakan first-person view.
Visage
Visage ialah game psikologi seram yang dibangunkan dan diterbitkan oleh SadSquare Studio. Terletak di dalam sebuah rumah yang berstruktur aneh dengan sejarah yang suram, pemain akan mengawal Dwayne Anderson sambil menerokai latar belakang penduduk yang pernah tinggal di sana. Game ini dipersembahkan dalam first-person perspective, dan sebahagian besar rumah itu boleh diakses, namun sesetengah kawasan masih memerlukan kunci untuk membukanya.
Phasmophobia
Phasmophobia ialah sebuah game penyiasatan seram yang dibangunkan dan diterbitkan oleh studio permainan indie iaitu British Kinetic Games. Game ini adalah berdasarkan hobi popular masa kini, memburu hantu. Kepada anda yang suka memburu hantu tapi tidak berani secara keseorangan, anda boleh bermain Phasmophobia seramai empat orang pemain. Anda boleh bermain bersama rakan anda untuk mencari hantu menggunakan alat yang disediakan.
Layers of Fears
Layer of Fears ialah sebuah game psikologi seram yang dibangunkan oleh Bloober Team dan diterbitkan oleh Aspyr. Dalam game ini anda akan mengawal seorang pelukis yang terganggu dari segi psikologi yang cuba melengkapkan karya agung semasa dia mengemudi sebuah rumah agam Victoria yang mendedahkan masa lalunya. Game ini dipersembahkan secara first-person perspective, story-driven dan berkisar tentang penyelesaian teka-teki dan penerokaan.
Devour
Devour ialah sebuah game co-op PvE seram yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Straight Back Games. Pemain merupakan ahli pemujaan setan dan telah menyedari bahawa ketua pemuja, Anna ingin membangunkan syaitan Azazel. Pemain akan cuba menghalang tetapi malang sekali, Anna telah dirasuk oleh syaitan tersebut. Anda harus membakar 10 totem untuk menghabiskan game ini, tetapi lagi banyak totem anda bakar, lagi tinggi kemarahan syaitan tersebut.
MADiSON
MADiSON ialah game first-person seram yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Bloodious Games. Game ini berlaku di sebuah rumah besar di mana pemain akan mengawal Luca, seorang remaja lelaki yang menerima kamera untuk hari jadinya yang ke-16. Kamera tersebut adalah milik seorang pembunuh bersiri 30 tahun sebelum, dan melalui kamera tersebut, dia akan menghubungi Luca untuk menamatkan upacara yang mengerikan.
Game ini memfokuskan kepada penggunaan kamera untuk menghubungkan dunia hidup dan dunia orang mati. Dengan cara ini, pemain akan menggunakan kamera sepanjang game ini untuk menyelesaikan teka-teki, menemui rahsia yang tidak boleh lihat dengan mata kasar dan menghalau entiti syaitan.
Ini sahaja yang saya dapat kongsi untuk anda. Jadi, kepada mereka yang minat atau ingin bermain game seram, saya harap senarai ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Kebanyakan game di dalam senarai di atas boleh didapati di Steam. Alang-alang ada sale, boleh anda pergi tengok sekarang.
Kalau anda ingin baca liputan menarik tentang game, anime dan banyak lagi daripada kami, ikuti Gamer Santai.
@gamersantaimy
Discussion about this post