Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai anime bola sepak terbaik! Ada Inazuma Eleven, Blue Lock dan banyak lagi!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 18, 2022
in Anime, Artikel, Senarai, Sukan/lumba
0 0
0
Senarai anime bola sepak terbaik! Ada Inazuma Eleven, Blue Lock dan banyak lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang kita tahu, bola sepak merupakan sukan paling terkenal di seluruh dunia. Kalau kita pergi ke luar negara, pasti akan ada mereka yang akan bermain sukan ini. Disebabkan popularitinya yang tinggi, ramai penulis dan pembuat anime telah menjadikan bola sepak sebagai sumber inspirasi untuk dijadikan sebagai sebuah cerita.

Walaupun bola sepak merupakan sukan berpasukan, bila dijadikan sebagai anime pasti kita hanya fokus pada watak utama sahaja. Tapi selalunya watak utama mempunyai impian yang sama dengan rakan sepasukannya. Korang nak tahu apa anime bola sepak yang saya rekomen? Jom kita tengok senarai di bawah!

Inazuma Eleven

Ketika sekolah lain di Jepun bersaing untuk merebut gelaran pasukan bola sepak terbaik di negara, kelab bola sepak Sekolah Menengah Raimon, Inazuma Eleven, sedang berada di ambang pembubaran. Cucu kepada penjaga gol generasi pertama Inazuma Eleven dan kapten pasukan, Mamoru Endou, mengambil cabaran untuk menghidupkan semula kelab yang telah lama diabaikan itu.

Captain Tsubasa (2018)

Captain Tsubasa ialah sebuah anime tentang seorang pelajar sekolah rendah yang sentiasa berfikir tentang bola speak. Tsubasa Oozora yang berusia 11 tahun telah mula bermain bola sepak pada usia yang sangat muda, dan ia telah berubah menjadi sesuatu yang dia obses.

Untuk mengejar impiannya, Tsubasa berpindah bersama ibunya ke bandar Nankatsu, yang terkenal dengan pasukan bola sepak sekolah rendah yang cemerlang. Di tempat lama, Tsubasa boleh dapat gelaran pemain terbaik dengan mudah. Tetapi apabila sampai di Nankatsu dia akan memerlukan semua kemahiran dan bakatnya untuk menonjol kerana pemain di sana semuanya berbakat.

Blue Lock

Cerita ini bermula apabila Jepun dikecualikan dari Piala Dunia FIFA 2018, lalu mendorong Persatuan Bola Sepak Jepun untuk memulakan program bagi menilai pemain sekolah menengah untuk Piala 2022.

Isagi Youichi adalah seorang penyerang, dan dijemput ke program ini selepas pasukannya gagal mara ke pusingan seterusnya. Ini berlaku kerana dia memberi bola kepada rakan sepasukannya yang kurang mahir dan tidak berusaha untuk menjaringkan gol kemenangan sendiri. Malangnya, rakan sepasukan tersebut tersasar dan mereka kalah.

Selepas berbincang mengenai keadaan bola sepak Jepun pada masa ini, Persatuan Bola Sepak Jepun mengupah seorang jurulatih eksentrik bernama Ego Jinpachi untuk mencapai impian memenangi Piala Dunia.

Sekarang, Ego Jinpachi harus menjadi jurulatih mereka, dan merancang untuk “menghancurkan bola sepak tradisional Jepun” dengan melancarkan latihan inovatif baru yang melibatkan 300 penyerang muda di sebuah fasiliti bernama “Blue Lock”.

Di situ, dia akan memberi latihan intensif untuk mewujudkan “penyerang egois terhebat di dunia.”

Be Blues! Ao ni Nare

Ryuu Ichijou, seorang budak lelaki yang mempunyai impian untuk menyertai pasukan bola sepak kebangsaan Jepun. Ryuu digelar sebagai seorang pemain bola sepak yang genius, tetapi ketika di sekolah rendah, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta semasa melindungi rakannya.

Ryuu Ichijou terpaksa membuat fisioterapi selama dua tahun. Cerita ini memfokuskan pada Ryuu ketika dia menyertai kelab bola sepak sekolah menengah dan berusaha menangani kecederaannya untuk mencapai matlamatnya.

Ao Ashi

Anime ini memfokuskan pada watak utama, Ashito Aoi yang terkenal dengan pergerakannya yang tidak menentu dan gaya permainan yang mementingkan diri sendiri. Ashito adalah satu-satunya pemain penting yang berjaya membawa pasukannya melepasi kejohanan perlawanan bola sepak sekolah menengah. Walau bagaimanapun, kemenangan berterusan mereka tersekat apabila pihak lawan telah menyebabkan Ashito hilang sabar dan bertindak ganas, menyebabkan dia disingkirkan daripada baki permainan.

Tanpa Ashito, pasukannya telah tersingkir daripada kejohanan tersebut. Seorang jurulatih bernama Tatsuya Fukuda telah mendekati Ashito dan dapat merasakan potensi dalam dirinya lalu menjemputnya ke Tokyo. Dalam suasana asing yang dikelilingi dengan bakat, Ashito mesti menggunakan kemampuan terbaiknya untuk membuktikan bahawa dirinya adalah yang terbaik.

Shoot! Goal to the Future

Atsushi Kamiya ialah bekas kapten di Kakegawa High School dan dikenali sebagai “courageous captain” untuk pasukan bola sepak Itali. Dia telah berjumpa dengan Hideto Tsuji, seorang pelajar yang tidak berminat dengan pasukan bola sepak yang kini lemah. Pertemuan di antara mereka adalah permulaan kepada legenda baharu…

Days

Days ialah sebuah anime bola sepak oleh Tsuyoshi Yasuda yang memfokuskan kisah peribadi dua orang budak lelaki iaitu Tsukushi dan Jin. Tsukushi dianggap tidak berbakat, dan dia diabaikan oleh orang lain di sekelilingnya manakala Jin disifatkan sebagai seorang yang genius dan seorang mampu mencapai tahap tertinggi.

Mereka terserempak pada satu hari dan sejak itu, hidup Tsukushi dan Jin telah diperkenalkan dengan bola sepak.

Giant Killing

Giant Killing adalah anime berdasarkan sebuah kelab bola sepak Jepun yang dikenali sebagai East Tokyo United. Kelab ini menghadapi cabaran dalam liga bola sepak terbaik di negara ini. Selepas berjaya mengelak daripada tersingkir, kelab itu mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki kelab mereka. Akhirnya, mereka memutuskan untuk mencuba sekali lagi dengan membawa masuk jurulatih baru, iaitu Takeshi Tatsumi.

Jurulatih baru itu sedang menjalankan tugas yang berat untuk membawa kelab itu ke landasan yang betul dengan bersaing antara kelab lain dengan bajet yang jauh lebih besar dari East Tokyo United. Kerana reputasinya sebelum ini, Takeshi dibenci oleh peminat kelab tersebut lalu menjadikan tugasnya lebih sukar.


Kepada mereka yang minat dengan anime bola sepak, saya harap senarai ini dapat membantu korang untuk menonton anime ketika waktu lapang dan bergembira.

Kalau korang ingin melihat senarai anime yang lain daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBlue Lockbola sepakcaptain tsubasaInazuma Eleven
Previous Post

Kingston umum Kingston FURY RGB DDR4 Special Edition untuk ulang tahun ke-35!

Next Post

Halloween Hampir Tiba! Jom Kenali Watak Seram Ikonik Sepanjang Zaman!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Halloween Hampir Tiba! Jom Kenali Watak Seram Ikonik Sepanjang Zaman!

Halloween Hampir Tiba! Jom Kenali Watak Seram Ikonik Sepanjang Zaman!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd