Sejak pelancaran awal Street Fighter V, Capcom dapat dikatakan lebih memperhatikan pembaharuan dan peningkatan tajuk ini daripada yang lain dalam sejarah ikonik siri itu. Dalam empat tahun, senarai DLC telah lebih daripada dua kali ganda dan terdapat beberapa tweak untuk permainan, bersama-sama dengan penambahan baru untuk mod arked dan juga cabaran. Street Fighter V: Champion Edition adalah sebuah pengumpulan yang disatukan bagi menampakkan usaha ini menjadikannya salah satu yang terbaik dalam siri ini.
Pengenalan Permainan~ 40 Fighters untuk dipilih??!
Kuasai Street Fighter V: Champion Edition, versi paling kuat dari permainan pertempuran yang terkenal! Versi baru ini mengandungi semua kandungan (tidak termasuk kostum Fighting Chance, kostum kolaborasi jenama dan Capcom Pro Tour DLC) dari kedua-dua pelepasan asal dan Street Fighter V: Arcade Edition. Edisi Juara menambah watak, peringkat dan kandungan lain yang dikeluarkan selepas Arcade Edition dan dengan pembebasan versi baru ini. Secara keseluruhan: 40 aksara, 34 peringkat, lebih 200 kostum – semua tindakan yang penuh dengan satu edisi kalah mati! Sedia? PERANG!
Ya, itu adalah pembuka kata dari Capcom untuk Champion Edition ini yang mengumpul semua figter asal dan DLC sebelumnya yang ada didalam Street Fighter V, juga yang boleh didapati dalam edisi ini adalah Seth, dan sejumlah 40 watak fighter untuk dipilih! Walaupun masih tidak cukup senarai watak yang paling penting dalam sejarah Street Fighter, ianya dah habis padat! Walaupun terasa ada watak penting yang ada, disebabkan terlalu banyak watak untuk dipilih, memang tak terasa bosan! Jadi apa tunggu lagi? Jom usha review kami!
Perlawanan? Banyak pilihan untuk dipilih!
Okay, sama seperti dan ada juga yang baru dari Street Fighter V, banyak pilihan perlawanan yang dapat dipilih termasuk, PvP, PvP Online Matchmaking, Tour, Arcade, Misi dan sebagainya.
- Arcade Mode
- Mod seperti arked apabila kami dapat melihat pengakhiran fighter yang macam arked selepas menyelesaikan beberapa peringkat. Terdapat 6 laluan berbeza berdasarkan permainan Street Fighter yang sebelumnya. Watak-watak dan bilangan peringkat yang muncul di setiap laluan akan berbeza dan beberapa laluan peringkat bonus juga misi tambahan turut ada. Penghujungnya juga akan berbeza berdasarkan laluan, walaupun untuk watak yang sama. Pengakhiran yang dilihat sekali boleh dilihat semula di Gallery. “Fight Request” turut boleh diaktifkan semasa bermain.
- Skor Arcade Mode direkodkan dalam kedudukan dalam talian yang diset semula secara bulanan. Jika pemain dapat menyelesaikan sasaran yang ditetapkan dalam ranking, pemain akan dapat menerima ganjaran seperti “tittle”.
- Story Mode
- Ikuti penceritaan fighter melalui “A Shadow Falls,” pengembaraan ciri-ciri yang merangkumi hampir seluruh dunia.
- Kami nak cuba main online tapi agak mengerikan, sebab pemain dalam talian yang kompetitif membuatkan kami undur dan lebih baik main sendiri~ hehe. “Story Mode” mempunyai “Kisah Umum” yang merupakan kisah sinematik dimana ianya mewujudkan senario anda bermain sebagai setiap watak dari permainan asas. Ini adalah cara terbaik untuk pemain baru bagi melangkah ke francais Street Fighter. Ia bermula sangat mudah dan makin laa sedikit meningkat dalam setiap aksi apabila kisah itu diteruskan. Ia juga berfungsi sebagai ujian rasa untuk setiap watak.
- Versus
- Dalam mode Versus ni, kami boleh bermain dengan rakan atau pun CPU. Seperti biasa boleh memilih fighters yang kita inginkan dan kawasan yang hendak dimainkan.
- Team Battles
- Beralih pula pada “Team Battles” yang kita boleh buat pasukan 2-5 pemain dan bertarunglah diantara Blue Team vs Red Team. Team Battles boleh dipilih dari Versus di Menu Utama, dengan bertukar dari Single ke Team. Pilih daripada format “Elimination”, di mana pemenang akan terus kekal sehingga mereka kalah, atau format “Best of Series”, di mana pasukan akan bersaing untuk melihat siapa yang boleh memenangi majoriti permainan terlebih dahulu. Pilihan seperti “life gauge” yang akan dilaksanakan dan susunan pertempuran juga boleh ditetapkan.
- Training
- Dalam game fighting, sudah tentulah ada mod “Training”, ianya memberi kami peluang mencuba pelbagai watak dari segi segi aksi, penggerakkan dan cara menggunakannya.
- Challenges
- “Challenges” atau cabaran ini sering berubah, jadi jika pemain ingin mencapai misi “time-sensitive” dan memperoleh wang dan pengalaman melawan, ini adalah tempat yang bagus untuk melakukannya. Jadi selesaikan cabaran-cabaran yang ada tu nanti bolehlah gunakan ganjaran yang diterima!
- Fighting Chance
- “Fighting Chance” pula pemain boleh menghabiskan wang perjuangan untuk item seperti peningkatan dalam mod cabaran, serta seni watak dan kostum pakaian tambahan.
- V-SKILLS I dan II
- Penambahan V-Skill II memberikan lebih banyak pilihan dan kedalaman kepada sistem pertempuran. Seperti V-Skill yang lalu, V-SKill II adalah unik untuk setiap watak dan mengubah strategi pertempuran pemain sepenuhnya. Untuk beberapa watak, kami mendapati ketika bermain kami agak berhati-hati pada pertahanan apabila tahu lawan kami boleh menggunakan V-Skill mereka untuk menangani kerosakan besar-besaran.
Memainkan mod ini dalam pakaian retro watak adalah sangat nostalgia. Setiap watak mempunyai panel seni gaya manga satu halaman yang dipaparkan sebagai akhir mereka. Apabila menambah enam mod arcade yang berbeza dan semua watak untuk setiap mod, terdapat banyak pembukaan yang perlu dilakukan.
Bagaimana dengan Pertarungan dalam talian pula?
Terdapat tiga perlawanan dalam talian “Street Fighter vs Network Battles” yang boleh kami pilih. “Ranked Match” membolehkan pemain bermain melawan pemain lain untuk mendapatkan mata liga “League Points” (LP).”Battle Lounge” Membolehkan pemain membuat ruang dengan tujuh pemain lain untuk berlawan dan melihat dengan penyesuaian peraturan – tiada LP akan didapati. Dan “Casual Match,” seperti namanya, membenarkan pertandingan dalam talian tanpa menjejaskan LP. Pemain juga boleh menggunakan Network Fight Request untuk mencari Pemain lain untuk”Ranked dan Casual matches” semasa bermain mod lain.
Tapi harus diingat! Penalti akan dikenakan pada pemain yang hilang dari radar semasa perlawanan online! Ini akan memberi kesan pada pengurangan LP dan sekatan “matchmaking” untuk sementara. Juga ada ikon khas yang akan dipaparkan pada “Profile Fighters” pada pemain yang kerap terputus talian dan pemain yang sering meninggalkan perlawanan serbegitu sahaja!
Watak dan cara nak main!
Untuk keseleruhan terdapat 40 watak yang dapat dimainkan dan kesemuanya ada skil tersendiri juga kekuatan sendiri yang dibezakan melalui Kuasa, Kesihatan, Mobiliti, Teknik dan Range. Okay jom lihat sendiri kekuatan yang diasingkan dalam slide gambar dibawah;
Selain itu, setiap kali perlawanan kita boleh V-Skill dan V-Trigger (iaitu kuasa/skill) khas dari setiap Fighters. Bersama dengan watak-watak ini juga terdapat lebih daripada 200 kostum! Skin ini bukan sekadar swap melalui warna yang mudah kerana mereka kadang-kadang secara dramatik mengubah rupa dan nuansa watak anda. Tema Halloween, percutian, baju renang, sporty, nostalgia dan pakaian profesional semuanya ada di sini. Yang istimewa juga dalam skin kostum yang ada, karakter Street Fighter sepenuhnya berubah menjadi aksara Capcom yang lain seperti Mega Man, Morrigan, atau Capten Commando!
Street Fighter V Champion Edition mempunyai 34 kawasan untuk dipilih! Macam-macam kawasan ada, ada yang mengikut kawasan daripada mana watak fighter bearasal (contoh seperti Sagat; kawasannya di Buddha Temple Thailand), berwarna-warni, memang semua kawasan nampak menarik! Bukan itu sahaja terdapat juga kawasan yang ada Easter Egg, juga bonus stage yang ada siap banyak tong-tong bertaburan kat stage!
Okay nak mengawal setiap fighters agak janggal pada mulanya, tapi lama-kelamaan selepas belajar sediki demi sedikit di Training boleh la kami menghafalnya. Sebenarnya tiada banyak pengawalan yang kita harus fikirkan, belajar yang basic pada pemain baru. Tapi ingat, setiap watak ada kuasa kelebihan tersendiri. Sebelum itu, ini adalah yang anda perlu tahu dalam setiap perlawanan anda;
- Health Gauge
- Jumlah kesihatan semasa.
- Stun Gauge
- Meningkat apabila pemain mendapat kerosakan dan apabila gauge bar mencapai MAX, anda akan di-stunt dan jadi pening~
- Win Mark
- Apabila memenangi satu pusingan, satu tanda yang sepadan dengan bagaimana pertandingan dimenangi akan dipaparkan.
- Time Counter
- Jumlah Masa di Pusingan.
- Icon Figthter
- Icon gambar watak yang dipilih
- V-Gauge
- Gauge ini akan diisi apabila pemain mengambil serangan hits dari pihak lawan atau menggunakan V-Skill pemain terhadap lawan anda. Gauge ini memberikan pemain akses kepada V-Trigger dan V-Reversal. Bilangan stok V-Gauge berbeza dari segi watak. Gauge yang tidak digunakan tidak akan dibawa kepada pusingan seterusnya perlawanan.
- Critical Gauge
- Meningkat apabila serangan pemain ketika memukul lawan. Setelah gauge mencapai MAX, pemain mendapat akses ke “Critical Arts” yang sangat kuat. Tidak seperti V-Gauge, gauge yang tidak digunakan akan dibawa ke pusingan seterusnya.
Nak serang senang, butang Petak dan Segitiga untuk tumbukan, Bulat dan Pangkah untuk tendang. Tetapi untuk butang arah lebih selesa memakai joystick untuk mengawal segala serangan dari segi kedepan, lompat, mengelak dan menunduk. Bagi kami untuk bermain Street Fighter lebih sesuai mengunakan Arcade Sticks seperti kami menggunakan Razer Panthera Evo.
Beberapa skil yang kita boleh ambil peduli adalah;
- V-Skill I & II – Lakukan tindakan yang unik kepada watak pemain dengan menggunakan V-Skill. Tekan Medium Punch dan Medium Kick pada masa yang sama untuk melaksanakan gerakan dengan kesan yang berbeza antara watak.
- V-Trigger I & II – Mainkan “trump card” yang boleh mengubah arah perlawanan dengan menarik V-Trigger. Tekan Hard Punch dan Hard Kick pada masa yang sama apabila V-Gauge pemain berada di MAX untuk melancarkan tindakan spesifik yang bersifat watak seperti teleport atau masa kuasa. V-Triggers merangkumi keseluruhan V-Gauge pemain.
- V-Reversal – ‘Counter attack’ sambil menjaga dengan V-Reversal. Tekan Forward dan semua tiga butang Punch atau Kick sambil menjaga serangan lawan untuk melancarkan serangan balik. V-Reversal akan meggunakan satu bar V-Gauge pemain.
Kesimpulannya~ Main sepuas hati!
Jujur kami katakan, gameplay memang agak menarik dan seronok. Setiap watak ada kelebihan tersendiri, dengan menyaksikan Chun-li yang comel membuatkan kami tak nak berhenti main!! Eh~ Lagi satu ending tu sentiasa nampak menarik contohnya ada gajah siap tolong kita campak pihak lawan!
Kemaskini dalam Champion Edition ini dengan menambah watak memberi kestabilan dan penggerakkan memberi lebih ketepatan dan lancar dari yang biasa. Selain itu, dengan kemasukan kemahiran V-Skill II, senarai watak yang banyak dan pelbagai kostum, membuat kami sangat teruja untuk bermainnya dan sudah pasti memerlukan banyak lagi masa untuk mengenali kehebatan kekuatan setiap watak.
Andai kata anda terlepas membeli Street Fighter V yang asal atau Arcade Edition atau anda terlepas DLC yang hadir sebelum ini, Street Fighter V Champion Edition memang jawapannya untuk anda beli! Sebab apa? Sebab semuanya dah dimuatkan dalam satu dan anda tidak akan merasa bosan!
Street Fighter V: Champion Edition hanyalah berharga RM128 di PlayStation store dan RM78 di PC via Steam. Tak mahal kan? Boleh dilihat kenapa permainan ini akan disukai ramai, pulak-pulak musim COVID-19 ni, anda bosan bolehlah bermain dengan keluarga dan rakan-rakan termasuk dalam permainan!

@gamersantaimy
The Review
Street Fighter V: Champion Edition
Secara keseluruhan memang emuaskan hati kerana Street Fighter V: Champion Edition merangkuli kesemua edisi Street Fighter V dan Arcade Edition! Pelbagai watak boleh dipilih, dengan kostum menarik semuanya adalah!
PROS
- Memuaskan kerana banyak watak untuk dipilih
- Serta beberapa tabahan baru yang termasuk mode story yang merangkuli semua watak Street Fighter
- Lokasi yang penuh berwarna tidak membosankan
CONS
- Ada masalah lagging sedikit atau susah membuat carian perlawanan daam talian
- Lama sedikit nak belajar skil kerana terlalu banyak watak
Discussion about this post