Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Valthirian Arc: Hero School Story – Bina sekolah HERO anda sendiri!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 30, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Bimbingan, Nintendo Switch, PC, PS4, Review, Steam
0 0
0
Ulasan Valthirian Arc: Hero School Story – Bina sekolah HERO anda sendiri!
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah terfikir tak nak jadi pengetua kat akademi yang penuh dengan hero dan menggembara bersama mereka untuk membunuh raksasa? Kini, peluang telah hadir untuk anda merealisasikan dunia fantasi ini. Berlangsung dalam dunia yang dipenuhi dengan raksasa dan sihir, anda adalah pengetua baru Valthirian Academy.

Tugas anda adalah untuk mendidik hero-hero muda dan mengubah mereka menjadi tokoh yang mampu selamatkan dunia, serta membantu kerajaan pada masa yang sama. Di sini ada lima kerajaan berbeza, yang berharap untuk mengambil takhta bagi menggantikan raja yang baru saja meninggal dunia. Ini bermakna anda harus memilih misi dengan berhati-hati dan cuba memastikan agar semua orang gembira pada setiap masa. Bagi pendapat saya, ini merupakan tugas yang paling sukar saya hadapi. Sudah tentu, anda boleh memilih pihak yang anda fikir berhak untuk menjadi raja seterusnya dan membentuk masa depan negara.

Semasa meneroka sekolah, misi sampingan juga akan muncul dan melibatkan senario pendek serta dua cara untuk mengatasinya. Misi-misi ini biasanya melibatkan perkara-perkara seperti dompet yang hilang atau pelajar yang hadir lambat ke kelas. Jika anda memilih cara yang lebih baik, anda akan menerima EXP yang lebih tinggi dan ganjaran-ganjaran lain.

Game ini sendiri dibahagikan kepada dua gaya permainan yang berbeza. Yang pertama ialah pengurusan akademi itu sendiri. Di sini anda mempunyai pandangan “birds-eye view” kepada segala urusan yang berlaku ketika anda menguruskan hal ehwal akademi. Matlamat anda adalah untuk membina reputasi bagi menarik lebih ramai pelajar dan membuka akses kepada infrastruktur yang lebih baik. Anda mempunyai senarai tugas yang panjang untuk selesai, dan banyak lagi akan dibuka selepas misi utama berakhir.

Pada masa yang sama, anda harus membina bangunan baru– semuanya dengan bonus berbeza dan boleh membuka jalan cerita baru untuk pelajar. Anda juga boleh menguruskan pelajar di sini. Pilih kemahiran mereka apabila level mereka meningkat, berikan peralatan baru, menaikkan tahap kelas mereka, dan pastikan mereka lulus. Pengijazahan bermakna pelajar tersebut tidak boleh lagi digunakan oleh anda, tetapi acara ini menghadiahkan ganjaran duit yang tinggi dan reputasi yang bagus apabila diadakan.

Aspek pembangunan infrastruktur sebenarnya amat mudah. Anda tidak mempunyai pilihan yang rumit apabila membina sesuatu, dan hanya perlu memilih tanah yang kosong bergantung pada bangunan yang ingin dibina. Isu terbesar adalah ketidakupayaan untuk melangkau masa; Sekiranya anda menghantar sebuah parti untuk membuat misi, mereka akan pergi untuk tempoh masa yang agak lama. Game ini akan jadi amat membosankan jika anda hanya menunggu parti untuk pulang, jadi pastikan anda mempunyai lebih dari empat pelajar ketika itu kerana anda boleh menggunakan baki pelajar untuk melakukan aktiviti lain bagi mempercepatkan masa.

Bahagian kedua game ini akan dihabiskan di penjara bawah tanah. Matlamat anda di sini terdiri daripada mengutip duit syiling emas, memburu jenis raksasa tertentu, atau mencari harta karun. Setiap misi bermakna anda harus meneroka melalui barisan raksasa yang semakin kuat dan akhirnya mencari jalan keluar. Pertempuran di dalam game ini sangat mudah dan hanya memerlukan anda menekan satu butang berulang kali, sambil mencampurkan sedikit sihir. Kebanyakan perkara rumit akan datang apabila anda mengubah suai parti. Pada saat itu, anda akan pening kepala fikir tentang senjata apa yang hendak digunakan dan komposisi pasukan yang bagus untuk dibawa bersama dengan anda.

Valtherian Arc adalah game menyeronokkan yang memerlukan sedikit lagi usaha untuk benar-benar tarik minat pemain. Antara bahagian yang saya paling suka adalah apabila kelas hero dan kemahiran baru dibuka kerana ciri ini menawarkan perubahan yang menyegarkan dalam sistem pertempurannya. Walaupun terdapat beberapa ciri-ciri dan mekanik permainan yang boleh bikin “stress“, Valtherian Arc masih boleh menjadi permainan yang seronok untuk ramai pemain.

Jom tonton gameplay kami di bawah:

The Review

Valthirian Arc: Hero School Story

6 Score

Valtherian Arc adalah game menyeronokkan yang memerlukan sedikit lagi usaha untuk benar-benar tarik minat pemain.

Review Breakdown

  • Walaupun terdapat beberapa ciri-ciri dan mekanik permainan yang boleh bikin "stress", Valtherian Arc masih boleh menjadi permainan yang seronok untuk ramai pemain. 0
Tags: nintendo switchPCPS4reviewsteamulasanValthirian Arc: Hero School Story
Previous Post

Memanggil semua content creator! Sertai 2020 SEA Overwatch Map Design Contest sekarang!

Next Post

Semua yang hebat dalam satu pakej! Meh usha Review Street Fighter V: Champion Edition kami!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Semua yang hebat dalam satu pakej! Meh usha Review Street Fighter V: Champion Edition kami!

Semua yang hebat dalam satu pakej! Meh usha Review Street Fighter V: Champion Edition kami!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd