Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selepas 8 Tahun, Anime Dragon Ball Super Kembali Dengan Arc Galactic Patrol!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 26, 2026
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Selepas 8 Tahun, Anime Dragon Ball Super Kembali Dengan Arc Galactic Patrol!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lapan tahun sejak Tournament of Power tamat, Dragon Ball Super secara rasminya kembali dengan siri anime baharu bertajuk Dragon Ball Super: The Galactic Patrol.

Pengumuman besar ini dibuat semasa acara ulang tahun ke-40 “Dragon Ball Genkidamatsuri!”, iaitu sambutan bagi meraikan empat dekad sejak kemunculan sulung anime francais tersebut. Berita ini disampaikan oleh produser eksekutif Akio Iyoku dan pelakon suara legenda Son Goku, Masako Nozawa.

Menemani berita tersebut, Toei Animation telah mendedahkan sebuah video teaser khas yang diarahkan oleh Naoki Miyahara, serta menampilkan muzik hasil gubahan komposer pemenang Anugerah Akademi, Hans Zimmer.

Khususnya, teaser itu memaparkan panel dan karya seni daripada pencipta asal, Akira Toriyama sebelum diakhiri dengan visual bagi anime baharu tersebut.

原作・ストーリー・キャラクターデザイン 鳥山明
アニメ『ドラゴンボール超 銀河パトロール』制作決定💥

銀河パトロールのマークと共に立ち並ぶ悟空とベジータ
ティザービジュアルが解禁!

続報をお楽しみに!✨#ドラゴンボール #DragonBall pic.twitter.com/bGZmDyEzvz

— アニメ「ドラゴンボール」シリーズ公式 (@DB_anime_info) January 25, 2026

Visual utama yang dikeluarkan menampilkan Goku dan Vegeta memakai lambang Galactic Patrol di atas pakaian biasa mereka, sekaligus mengesahkan bahawa siri ini akan mengadaptasi arc “Galactic Patrol Prisoner” yang sangat dinanti-nantikan.

Arc Moro Akhirnya Diadaptasi

Anime baharu ini bersambung terus selepas peristiwa “Tournament of Power Arc,” yang mengakhiri anime asal Dragon Ball Super pada tahun 2018.

Menurut sinopsis rasmi, Goku dan Vegeta akan direkrut oleh Galactic Patrol; iaitu pasukan penjaga alam semesta yang sebelum ini diperkenalkan menerusi watak Jaco. Mereka ditugaskan untuk menghentikan satu ancaman baharu yang serba menakutkan… “Planet-Eater” Moro.

Tidak seperti musuh-musuh terdahulu yang bergantung kepada kekuatan fizikal semata-mata, Moro adalah seorang ahli sihir purba yang mampu menyerap tenaga hayat daripada seluruh planet.

Maklumat lanjut mengenai barisan pelakon dan jadual siaran akan didedahkan pada bulan-bulan akan datang.

Tags: Dragon Ball Super
ShareTweetSend
Previous Post

Project AGE 1000 – RPG Dragon Ball Baharu Yang Menampilkan Rekaan Terakhir Akira Toriyama

Next Post

Dragon Ball Super: Beerus Diumumkan – Permulaan Kepada Remake Dragon Ball Super!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Dragon Ball Super: Beerus Diumumkan – Permulaan Kepada Remake Dragon Ball Super!

Dragon Ball Super: Beerus Diumumkan – Permulaan Kepada Remake Dragon Ball Super!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd