Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selepas 2 tahun berehat, webtoon One-Punch Man akhirnya kembali!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 15, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Kredit: ONE
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai pembaca menganggap webtoon One-Punch Man telah tamat selepas hampir dua tahun berehat, tetapi ternyata penciptanya ONE masih ada banyak idea selepas mengeluarkan bab baharu!

Kredit: ONE

Tanpa apa-apa berita, One-Punch Man bab 142 tiba-tiba dikeluarkan pada 13 Mei 2023 di mana peminat dapat meneruskan kisah Saitama dan Genos. Untuk bab 142, ia lebih memfokuskan pada Genos – wira cyborg yang menganggap Saitama sebagai gurunya – di mana dia harus menentang tentera jahat. Bab ini boleh dibaca sekarang tetapi malangnya, ia hanya tersedia dalam Bahasa Jepun sahaja.

やった!!ONE先生のワンパンマン最新話更新されてますッッ!!強いぞジェノス!!!→142撃目 – ワンパンマン – FC2ホームページ https://t.co/DT0LhVcplT

— 村田雄介 (@NEBU_KURO) May 13, 2023

Mula diterbitkan pada awal tahun 2009 di laman web sendiri tanpa penerbit rasmi, webtoon One-Punch Man sebenarnya dicipta oleh ONE dan mengisahkan tentang Saitama, seorang hero yang boleh mengalahkan mana-mana pihak lawan dengan satu tumbukan, lantas nama cerita ini.

Pada tahun 2011, dia dihubungi oleh artis Yusuke Murata tentang kemungkinan ‘kolaborasi’ di mana Murata akan melukis semula webtoon itu untuk One dalam versi manga. Manga ‘remake’ itu diterbitkan secara digital melalui laman web Young Jump pada 2012 dan adalah siri yang mempopularkan nama ‘One-Punch Man’ di seluruh dunia hingga membawa kepada adaptasi anime.

Kredit: Shueisha

Malangnya, siri One Punch (tidak kira webtoon, manga atau anime) amat terkenal kerana mempunyai tempoh ‘hiatus’ (jeda atau rehat dalam jalan cerita) yang panjang. Banyak contoh saya boleh; kali terakhir kita melihat anime One-Punch Man adalah sejak Julai 2019 manakala versi manga mengambil rehat selama sebulan daripada 23 Mac hingga 20 April baru-baru ini.

Mengenai rancangan semasa, webtoon dan manga One-Punch Man sedang memulakan story arc baru selepas mengalahkan Monster Association. Terkini, beberapa hero telah memutuskan untuk bersara atau berpaling tadah kepada Neo Heroes (organisasi saingan kepada Hero Association) untuk menangani ancaman raksasa yang semakin meningkat. Mengetuai organisasi tersebut ialah Blue, yang mengaku dirinya sebagai anak Blast (hero S-rank nombor 1).

Kredit: Shueisha

Pada masa yang sama, adaptasi disahkan akan menerima musim ketiga, tetapi itu sahaja info yang saya tahu. Maklumat lain termasuk tarikh keluaran dan siapa yang akan uruskan animasi masih belum diumumkan.


Baca segala berita kami tentang siri One-Punch Man di SINI.

Tags: mangaOne-Punch ManWebtoon
ShareTweetSend
Previous Post

Sukan SEA – Pasukan PUBG Mobile Malaysia bawa pulang gangsa untuk negara!

Next Post

Rurouni Kenshin Akan Hadir ke Malaysia Dengan Acara Tayangan Khas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Echoes of Aincrad – Co-op Combat Cukup Padu Tapi Aspek Eksplorasi Terasa Kosong
Review

Reviu Echoes of Aincrad – Co-op Combat Cukup Padu Tapi Aspek Eksplorasi Terasa Kosong

Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam
Anime

Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam

July 8, 2026
Selepas 10 Tahun, Perjalanan Dragon Ball Xenoverse 2 Tamat Hari Ini Bersama DLC Terakhir
Berita

Selepas 10 Tahun, Perjalanan Dragon Ball Xenoverse 2 Tamat Hari Ini Bersama DLC Terakhir

July 8, 2026
Next Post
Rurouni Kenshin Akan Hadir ke Malaysia Dengan Acara Tayangan Khas!

Rurouni Kenshin Akan Hadir ke Malaysia Dengan Acara Tayangan Khas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd