Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bina Empayar Pengangkutan Dalam Transport Fever 3; Akan Tiba 29 September

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2026
in Artikel, Berita, Epic Store, GOG, PC, PS5, Simulator, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Bina Empayar Pengangkutan Dalam Transport Fever 3; Akan Tiba 29 September
Share on FacebookShare on Twitter

Paradox Interactive dan pembangun Urban Games mengumumkan bahawa Transport Fever 3 akan dilancarkan pada 29 September 2026.

Game ini akan hadir ke PC melalui Steam, Epic Games Store, dan GOG, serta PlayStation 5 dan Xbox Series X|S. Pra-tempahan telah dibuka di semua platform, menawarkan item eksklusif dalam game berserta diskaun untuk pemain sedia ada.

Sebagai sekuel kepada Transport Fever 2, entri terbaharu ini membolehkan pemain membina dan mengurus rangkaian logistik yang luas di darat, laut, dan udara. Game ini merangkumi sejarah pengangkutan selama lebih satu abad dengan menampilkan lebih 300 kenderaan yang tepat dari segi sejarah. Pemain akan bermula daripada kereta kuda, kereta api wap, dan kapal stim beroda kayuh, sehinggalah ke tren moden, kapal tangki gergasi, pesawat jet, serta helikopter yang membuat kemunculan sulung dalam siri ini.

Dunia permainan turut menerima peningkatan visual dan teknikal ketara. Enjin penjanaan peta yang dikemas kini membolehkan pelbagai persekitaran seperti pesisir pantai tropika, gurun gersang, dan pergunungan digabungkan dalam satu peta. Bandar dan laluan pengangkutan juga nampak lebih hidup menerusi kitaran siang-malam yang dinamik, fungsi perancangan landasan kereta api dan lebuh raya yang lebih mendalam, serta sokongan cross-platform modding seawal hari pelancaran.

Pemain boleh memilih antara tiga edisi berbeza semasa pelancaran:

Standard Edition menawarkan base game lengkap.

Bagi mereka yang mahukan kandungan tambahan, Deluxe Edition mempunyai 11 kenderaan bersejarah; termasuk pesawat supersonik Concorde dan kereta api Trans-Europe Express; serta dua mercu tanda dunia seperti Menara Eiffel, tiga peta cabaran rekaan khas, empat spesies haiwan liar baharu, kereta taikun custom , dan runut bunyi eksklusif.

Untuk pengumpul tegar, Urban Games turut mengeluarkan Collector’s Edition fizikal. Dihadkan kepada 10,000 unit sahaja di seluruh dunia, kotak edisi ini mengandungi kod digital Deluxe Edition, patung figura berinspirasikan seni kulit permainan, buku seni kulit setebal 200 muka surat bergambar, permainan kad bertema pengangkutan, kotak muzik, rantai kunci, set pelekat, dan poster peringatan. Edisi fizikal ini dijual melalui kedai barangan rasmi (official merchandise store), di mana penghantaran disediakan ke pasaran Asia dan antarabangsa.

Pembeli awal akan menerima pek pra-tempahan istimewa yang menawarkan tiga kandungan tambahan eksklusif: kapal persiaran klasik British TS Queen Mary, mercu tanda Piramid Agung Giza, serta hidupan liar Gajah Asia untuk peta tropika.

Urban Games turut menghargai peminat setia menerusi diskaun sebanyak 10%. Sesiapa yang memiliki Transport Fever 2 layak menikmati potongan harga 10% untuk pembelian Standard Edition atau Deluxe Edition bagi Transport Fever 3, dengan syarat pembelian dibuat di platform yang sama. Tawaran ini sah sepanjang tempoh pra-tempahan dan aktif sehingga 14 hari selepas tarikh pelancaran rasmi permainan.

Tags: Transport Fever 3
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu ELDEN RING Tarnished Edition (Nintendo Switch 2) – Jadi Elden Lord Di Mana-Mana Sahaja

Next Post

Overwatch Rush Akan Soft Launch Seawal 31 Ogos 2026 Di SEA, Termasuk Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Overwatch Rush Akan Soft Launch Seawal 31 Ogos 2026 Di SEA, Termasuk Malaysia

Overwatch Rush Akan Soft Launch Seawal 31 Ogos 2026 Di SEA, Termasuk Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd