Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selangor Red Giants Ialah Juara MSC MLBB 2024 – Sejarah Baru Untuk Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 15, 2024
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA, Mobile, Tempatan
0 0
0
Selangor Red Giants Ialah Juara MSC MLBB 2024 – Sejarah Baru Untuk Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Bergembiralah wahai netizen Malaysia kerana Selangor Red Giants ialah juara MSC (Mid Season Cup) Mobile Legends: Bang Bang 2024 selepas mengalahkan Falcons AP Bren malam tadi!

Kredit: Selangor FC

Diadakan di Esports World Cup di Riyadh, Saudi Arabia, MSC tahun ini menyaksikan Grand Final antara Falcons AP Bren (FCAP) dan Selangor Red Giants (SRG) – yang merupakan pencapaian penting kerana ini adalah kali pertama kedua-dua pasukan berdepan antara satu sama lain dalam mana-mana kejohanan antarabangsa dan kali pertama Malaysia layak ke Grand Final dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.

Falcons AP Bren ialah juara dunia bertahan dan naib juara untuk MPL Philippines Season 13 manakala Selangor Red Giants, yang terdiri daripada Kramm, Sekysss, Stormie, Innocent, dan YumS ialah juara bertahan Malaysia, selepas menewaskan HomeBois di Grand Final dalam enam perlawanan. Sudah tentu, pertembungan ini pasti hebat.

Undefeated Selangor Red Giants vs. World Champs Falcons APBren.

Will SRG continue their streak or will FCAP finally claim the MSC trophy?#EsportsWorldCup #MLBB pic.twitter.com/X7lOSX3TdF

— Esports World Cup (@EWC_EN) July 14, 2024

Dalam mengambil Perlawanan 1, split-push besar-besaran daripada FCAP membuatkan pasukan Filipina mengambil kemenangan pertama dengan skor 23:16. Bagaimanapun, SRG membuat comeback dalam Perlawanan 2, dan mempamerkan prestasi mantap untuk menyamakan kedudukan 1-1, walaupun AP Bren mendahului kill 14:11.

Malangnya, momentum ini tidak dapat dikekalkan oleh SRG dalam perlawanan ketiga, yang mengakibatkan kekalahan 6:22 tetapi SRG menemui semula rentak mereka, lalu menyamakan kedudukan dalam Perlawanan 4 dan 5 dengan skor 18-4 dan 12-11 .

Nice implosion from Tigreal Yums, hitting 3 opponents!#EsportsWorldCup #MLBB pic.twitter.com/HqVhaTrVG4

— Esports World Cup (@EWC_EN) July 14, 2024

Dalam Perlawanan 6 yang penting, FCAP berjaya mendapat seri dengan memenangi perlawanan keenam sebanyak 14-2. Ternyata, johan perlu ditentukan dalam Perlawanan 7—yang merupakan kejadian pertama dalam sejarah MSC.

Perlawanan 7 pun cukup epik dan layak memasuki buku sejarah, di mana SRG mendominasi permainan dan menewaskan pihak lawan sebanyak 21-10. Perlawanan terakhir ditamatkan dengan team fight yang sengit, tetapi SRG membuktikan mereka lebih dahagakan piala.

Championship Moment! 🌟

Watch as Selangor Red Giants seals the victory in style! #EsportsWorldCup #MLBB pic.twitter.com/9o5kE7jf21

— Esports World Cup (@EWC_EN) July 14, 2024

Selepas menunjukkan prestasi yang cemerlang di sepanjang kariernya, Sekyss (Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul) yang bermain sebagai Jungler SRG dinamakan sebagai MVP kejohanan.

Kredit: Esports World Cup

Bukan sahaja dapat mengekalkan rekod tanpa kalah mereka, Selangor Red Giants juga adalah pasukan Malaysia pertama untuk memenangi kejohanan antarabangsa anjuran Moonton. Bersama kemenangan ini, mereka turut membawa pulang wang tunai AS$1 juta (RM4.67 juta).

Untuk saksikan Grand Finals penuh, berikut adalah link kepada YouTube rasmi:

Tags: Mobile LegendsMSC 2024Selangor Red Giants
ShareTweetSend
Previous Post

HoYo FEST 2024 Bermula 13 Ogos Di Pavilion Bukit Jalil!

Next Post

Genshin Concert Tour 2024 Kembali Di Malaysia Pada 19 Oktober!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Genshin Concert Tour 2024 Kembali Di Malaysia Pada 19 Oktober!

Genshin Concert Tour 2024 Kembali Di Malaysia Pada 19 Oktober!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd