Aku nak bagitau korang pasal Game ni yang sekarang ni menjadi nama pembualan peminat Mobile game bola sekarang! Nama game ni SEGA Pocket Club Manager! Game ni yang diperkenalkan beberapa minggu lepas, aku try game ni dan memang awesome! Aku nak korang tau detail-details pasal game ni! Jom kita gali lebih sikit pasal game ni!
Walaupun game ni ringan tetapi game ni padat dengan content in-game, game ni yang pada mulanya dibuat untuk Jepun, dan diikuti versi Tradisional Cina untuk Hong Kong dan Macau kemudiannya versi bahasa Inggeris telah diperkenalkan untuk Kanada, Filipina, Singapura dan diperkenalkan 3 Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Vietnam! Dengan mendapat rating 4.2 di Google Play Store dan mendapat 50,000 download dalam 2 bulan.
So apa feature game ni ada? Well, ada Scout untuk tengok player baru dan sign player tu untuk join team korang, ada Supervise untuk korang boleh improve skills player tu dalam special training dan skills tranfer untuk jual/beli player pilihan korang. Seterusnya ada Strategize iaitu well, strategy untuk team korang la, dan korang boleh Organize kelab korang sendiri untuk upkan team korang dan kelab tu jugak.
*Bawah ni adalah video trailer untuk SEGA Pocket Club Manager*
Yang special pasal game ni, korang boleh selfie dan gunakan muka korang dan letak dalam game! Haaa ni la peluang korang nak jadi star dan wakilkan diri korang kat dalam The Super World Club Cup (SWCC) yang korang boleh lawan sesama sendiri. Oh dan game ni PERCUMA! Korang download sekarang, jangan tak berat pun.
@gamersantaimy
Discussion about this post