Sempena menyambut musim perayaan ini, SEGA telah membawa pelbagai diskaun hebat untuk barisan game mereka di Steam dengan promosi khas “SEGA ATLUS Year of the Dragon Sale”. Promosi ini berlangsung bermula hari ini sehingga 15 Februari 2024! Jom kita lihat tajuk-tajuk yang menjadi sorotan untuk promosi kali ini.

Highlight SEGA ATLUS Year of the Dragon Sale
Antara tajuk yang mendapat diskaun untuk SEGA ATLUS Year of the Dragon Sale di Steam adalah Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name yang kini boleh didapatkan dengan harga RM 111.75. Dalam game ini, kita akan melihat kehidupan Kiryu selepas dia “mati”. Tetapi nampaknya bukan mudah untuk kekal “mati”.
Game lain yang turut mendapat Persona 5 Tactica dengan potongan harga 35%. Game adaptasi anime popular, Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles turut dijual dengan diskaun hebat dan kini berharga RM 91.60. Tajuk lagi seperti Hatsune Miku: Project DIVA Mega Mix+ turut ditawarkan dengan harga hebat.
Buat anda yang ingin mencari game Persona untuk dimainkan, tajuk-tajuk game itu juga mendapat tawaran hebat. Anda boleh rujuk harganya di bawah.
Diskaun siri Persona
- Persona 5 Royal — RM 126
- Persona 4 Golden — RM51.35
- Persona 3 Portable — RM 51.35
- Persona 5 Tactica — RM 148.85
- Persona 5 Strikers — RM 65.70
- Persona 4U Arena Ultimax — RM 39.60
Buat mereka yang ingin membeli bundle game untuk francais kegemaran, bolehlah dapatkannya dengan harga yang lebih berpatutan.
Bundle game hebat untuk didapatkan
- Like A Dragon Collection — RM 186.15
- Lost Judgment Collection — RM 214.12
- Persona Collection — RM 217.26
- Etrian Odyssey Origins Collection — RM 114.57
- Two Point Hospital Full Health Collection — RM 121.15
Anda boleh lawati halaman Steam SEGA untuk melihat senarai penuh promosi ini. Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post