Sejak pertama kali disiarkan pada tahun 2002, Naruto telah berkembang daripada manga ke anime, filem, dan game, lalu menjadi salah satu francais paling popular sepanjang masa. Dicipta dengan kerjasama VIZ Media, Secretlab telah mengumumkan koleksi Naruto Shippuden Skin untuk meraikan legasi siri itu selama dua dekad bersama reka bentuk yang diilhamkan oleh Uzumaki Naruto, Uchiha Sasuke, dan kumpulan jahat Akatsuki.
Dihasilkan untuk kerusi Secretlab TITAN Evo, koleksi Secretlab Naruto Shippuden Skin memberikan penampilan baharu kepada kerusi TITAN Evo dalam sekelip mata — sambil mengekalkan sokongan ergonomik pro-gred yang membuatkan kerusi itu popular.
Buat mereka yang tidak faham, “skin” bermaksud lapisan kain baharu yang boleh diletakkan pada kerusi gaming tanpa perlu menukar fabrik asal. Dihasilkan daripada fabrik lembut dan selesa daripada teknologi SoftWeave, koleksi ini menjanjikan keselesaan sepanjang hari dan juga berfungsi sebagai lapisan perlindungan tambahan, jadi anda tidak perlu bimbang jika air tertumpah atau hal-hal lain.
Mari kita lihat reka bentuk bagi Secretlab x Naruto!
Secretlab Skin Naruto Edition
Secretlab skin Naruto Edition mencerminkan rupa kerusi Secretlab TITAN Evo Naruto Edition, dengan anyaman oren dan hitam gradien yang mengingatkan kita semula pada pakaian ikonik protagonis itu.
Pada masa yang sama, Eight Sign Seal di bahagian belakang dan tiga magatama di setiap sisi memberi penghormatan kepada identiti Naruto sebagai Jinchuriki kepada Kyubi — dan transformasi Kurama Link Mode.
Secretlab Skin Akatsuki Edition
Warna gradien merah dan hitam milik Secretlab Skin Akatsuki Edition mengingati kita pada jubah panjang milik organisasi Akatsuki, siap dengan awan merah di bahagian hadapan.
Bagi mereka yang tidak faham, logo “awan” adalah simbol keadilan untuk pengasal asal Akatsuki, dan merupakan peringatan tentang hujan darah yang turun di atas Amegakure semasa perang shinobi.
Logo pada pelindung dahi shinobi pula telah diletakkan di bahagian belakang dan simbol kepada para shinobi yang memutuskan hubungan dengan kampung mereka.
Secretlab Skin Sasuke Edition
Secretlab skin Sasuke Edition mencerminkan rupa ikonik Uchiha Sasuke dengan kain tenun berwarna ungu dan hitam gradien gelap.
Jurus Eternal Mangekyo Sharingan telah disulam di belakang — dan berfungsi sebagai penghormatan kepada keupayaan uniknya untuk
melancarkan api hitam yang mampu menelan sebarang musuh dan menyeru pahlawan mistik Susano’o.
Buat masa ini, kita tidak tahu bila koleksi Secretlab Naruto Shippuden Skin akan dikeluarkan dan berapa harga tepatnya tetapi ia akan dijual dalam saiz Small, Regular, dan XL. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi Secretlab di SINI.
Baca segala berita kami tentang Secretlab di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post