Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Secara rasmi, Filem Transformer baru akan berjudul “Transformers: Rise of the Beasts”

mendedahkan sedikit Perincian Watak & Kisah Baru

Nyny.A by Nyny.A
June 23, 2021
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Secara rasmi, Filem Transformer baru akan berjudul “Transformers: Rise of the Beasts”
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja kami selesai dengan acara virtual bersama Paramount yang mendedahkan sedikit teaser untuk filem Transformers ke-7 dan juga kini telah bermula penggambaran. Filem ke-7 ini akan diberi nama Transformers: Rise of the Beasts.

Sebuah pengalaman yang baru dengan dengan persembahan virtual, acara ini dikendalikan oleh Anthony Breznican dari Vanity Fair secara bual panel dalam talian. Pengarah Steven Caple Jr., serta pengeluar francais Lorenzo Di Bonaventura, memulakan acara dengan mengongsikan beberapa kawasan penggambaran, plot cerita dan watak. Dua pelakon Transformers: Rise of the Beasts, Anthony Ramos sebagai “Noah” dan Dominique Fishback sebagai “Elena” juga mengongsikan sedikit perincian baru, berkenaan dengan kisah dan watak pelakon yang akan datang dalam filem ini.

Sumber: Michael Buckner/Variety/REX/Shutterstock (5569377w)
Steven Caple Jr of ‘The Land’
Sumber: Slashfilm | Lorenzo di Bonaventura

Jadi dalam perkongsian ini, kami akan mengongsikan sedikit sahaja seperti yang dikongsikan panel untuk filem ini. Filem ini akan berlansung pada garis masa tahun 1994, mengambil ruang di antara filem Bumblebee yang berada di garis masa tahun 1987 dan filem Transformers Michael Bay tahun 2000 ke atas. Diakatakan terdapat era muzik rapping zaman itu turut akan kedengaran. Filem ini akan menampilkan lokasi di Brooklyn di mana watak utama juga akan berasal dari sana, selain itu ianya juga akan berlangsung di New York dan Machu Pichu di Peru.

Sudah semestinya watak utama Transformers iaitu Optimus Prime akan ada. Tetapi untuk menjadikannya lebih menarik, terutama pada peminat francais Transformers Beast Wars, Rise of the Beast juga akan memperluakan dunianya dalam siri ini! Bertarung dengan musuh robot alien nampaknya bukan hanya dalam bentuk kenderaan, sebaliknya kita akan nampak pelbagai rupa bentuk haiwan juga di dalam filem ini! Ya, kita akan melihat robot Beast War berperang dengan musuh semula jadi mereka, Predacons. Terracons akan memberikan satu lagi “ancaman baru”; menyelamatkan dunia akan diserahkan kepada Autobots dan Maximals.

“Predacon dalam filem kita lebih bersifat reptilia. Kami telah melihat beberapa filem Transformers lain, tetapi dalam filem baru ini, kita dapat melihat sisi lain dari mereka, “kata Caple. “Ini semua tentang membina latar belakang watak-watak ini, dan kita akan melihat lebih banyak lagi di sisi Predacon dan Terracon.”

Untuk sisi manusia, pelakon Dominique Fishback “Elena” adalah seorang penyelidik artifak di sebuah muzium yang berusaha untuk maju walaupun bosnya terus mengambil kesempatan dari kerjanya. Manakala Ramos sebagai “Noah” pula, seorang pemuda kelahiran Brooklyn yang telah pulang ke rumah kepada ibu dan adiknya setelah menjalani perkhidmatan ketenteraan dan berusaha untuk menjejakkan kaki pada pertengahan tahun 90an Brooklyn.

Sumber:
Glitter Magazine | Dominique

Ramos turut menambah, “Noah hebat dengan elektronik.”

“Satu perkara yang saya sukai tentang Noah adalah kegigihan dan hatinya, juga kehendaknya untuk tidak terus berhenti, terlepas dari semua hal gila yang dilemparkan kepadanya.” Ramos

Sumber: Complex| Anthony Ramos

Perincian plot masih belum diselesaikan dan masih banyak yang dirahsiakan semasa acara itu, tetapi Caple Jr. dan penerbit Lorenzo menunjukkan beberapa reka bentuk Transformer yang akan ada dalam filem ini. Bumblebee kembali bersama Optimus dalam bentuk Camaro dan Mirage dan Arcee akan melengkapkan Autobot sebagai Porsche 911 dan Ducati 916. Menurut Caple Jr., reka bentuknya diilhamkan oleh penampilan G1 asli Autobots. Tapi maaf, seni konsep yang ditunjukkan pada acara itu kami tidak dapat dikongsi di sini, cuma apa yang kami boleh nyatakan, ianya nampak gempak!

Arcee di dalam animasi lalu

Nightbird juga digambarkan sebagai jenis Mata Hari, Nightbird telah memiliki sejarah yang tidak menentu untuk menukar kesetiaan. Saat ini dia sebagai komando kedua dari Terrorcons, dan berubah menjadi Nissan GTR. Juga Pemimpin Maximals, Optimus Primal berubah menjadi gorila cybernetic gergasi. Dia digambarkan berada dalam peranan kepemimpinan yang sama dengan Optimus Prime.

Berikut adalah antara watak dan robot serta “Beast Wars” yang akan terdapat di dalam filem ini;

  • Anthony Ramos sebagai “Noah”
  • Dominique Fishback sebagai “Elena”
  • Optimus Prime
  • Bumblebee
  • Arcee
  • Mirage
  • Nightbird
  • Scourge
  • Airazor
  • Rhinox
  • Optimus Primal

“Anda akan melihat penjahat yang belum pernah anda lihat, Autobots yang belum pernah anda lihat, elemen yang belum pernah kami lakukan sebelumnya.”- Lorenzo

Transformers: Rise of the Beasts dirancangkan untuk tayangan pada 24 Jun 2022 seperti yang dikongsikan di Twitter Transformers. Jadi adakah anda bersedia untuk menyaksikan pertempuran Autobots dan Decepticons serta kedatangan Maximals, Predacons, dan Terrorcons di Bumi? Nantikan semua pendedahan yang kami akan terus kongsikan dengan anda! Terima kasih Paramount untuk acara yang menakjubkan ini!

Tags: filemmoviesparamountTransformersTransformers: Rise of the Beasts
Previous Post

Taj Aiman ​​mewakili Malaysia sebagai Top 16 dalam GT Sport Olympic Virtual Series!

Next Post

Perlumbaan generasi seterusnya di F1 2021 akan tiba pada 16 Julai ini!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Perlumbaan generasi seterusnya di F1 2021 akan tiba pada 16 Julai ini!

Perlumbaan generasi seterusnya di F1 2021 akan tiba pada 16 Julai ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd