Dengan kehangatan Resident Evil 3 Remake masih belum reda, terdengar berita terbaru bahawa francais permainan terkenal dari Capcom ini akan diteruskan lagi untuk pelepasan permainan terbaru bagi tahun hadapan! Walaupun Capcom masih belum memngumumkan sebarang pengumuman untuk permainan Resident Evil yang akan datang, rumor terbaru kini makin meluas di internet yang menyatakan Resident Evil 8 akan datang tahun hadapan dan akan berbeza dari sebelum ini!
Informasi mengenai rumor ini asalnya adalah dari orang yang sama sebelum ini turut menyatakan ada sebuah permainan remake dari Capcom yang akan hadir tahun 2022. Orang yang dimaksidkan adalah pengguna dari ResetEra yang bernama Dusk Golem, yang menyatakan bahawa permainan Resident Evil 8 akan datang tahun 2021 dan Capcom akan mengumumnya dalam waktu yang terdekat. Dia juga menyatakan bahawa ansuran Resident Evil seterusnya telah di produksi sejak 2016 dan ujian dalaman permainan telah berjalan lancar.
being turned back into RE8 now due to circumstance and quality, so we are where we are now.
This also doesn't mean the Revelations series is dead, in fact, this next part is PURELY my speculation, but I actually wouldn't be surprised if part of the reason Rebecca was cut was
— AestheticGamer aka Dusk Golem (@AestheticGamer1) April 5, 2020
Dusk Golem turut menytakan bahawa permainan ini akan menjadi “keberangkatan terbesar siri yang pernah diambil.” Seperti yang kita tahu, Resident Evil 7 mengubah siri secara dramatik dengan beralih kepada mod orang petama dan ini akan melihat Resident Evil 8 kemungkinan akan diubah dan mengambil kesempatan apa yang buruk terhadap yang lama untuk membawa elemen yang lebih baru.
Menurut Dusk Golem juga, Resident Evil 8 akan menjadi sangat berbeza sehingga “ramai orang mungkin akan marah dan itu akan terjadi apabila ia terbukti.” Walaupun ianya masih belum jelas, dia turut menyatakan bahawa pembangunan permainan itu akan disamakan dengan Resident Evil 3 yang asal.
Okay, so the little game is done. This will be breaking this month with more details later not by myself, but I've needed to clear some stuff up. "Resident Evil 2021" is Resident Evil 8, but it wasn't always RE8. During most of its development it existed as Revelations 3.
— AestheticGamer aka Dusk Golem (@AestheticGamer1) April 4, 2020
Sebelum ini, ada juga yang menyatakan Resident Evil 8 tidak akan diberi nama tersebut dan mungkin akan digelar dengan nama lain. Juga akan mengenalkan jenis musuh yang baru dan musuh yang menyerang hendap. Juga ada yang menyatakan Ethan dari Resident Evil 7 turut akan kembali sebagai pratagonis utama juga Chris Redfield juga akan hadir semula tanpa mengetahui sebagai peranan apa.
One last thing then I'm just going to hold out for the main report. Ethan and Chris were featured in the Ambassador demo, but I've heard since then they've been "changed". I DO NOT know what that means. Just kinda' assume the main characters are whoever right now. It may be Ethan
— AestheticGamer aka Dusk Golem (@AestheticGamer1) April 5, 2020
Walau bagaimanapun, pekara ini masih belum sahih dan diberitahu secara rasmi oleh Capcom. Jadi, harap peminat tidak memberi sebarang spikulasi sehingga pekara sebenar dimaklumkan bagi permainan Resident Evil ini. Jadi andai kata anda ada pendapat, jangan lupa kongsikannya dilaman sosial media kami ok!
Sumber: Dusk Golem; GameRant
@gamersantaimy
Discussion about this post