Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sebelum pulang ke Malaysia, Jom singgah di ARTNIA@SQUARE ENIX di Shinjuku dan selami dunia Final Fantasy!

Jangan tanya kenapa banyak barang dah bawak balik Malaysia ni

Nyny.A by Nyny.A
September 19, 2019 - Updated on March 3, 2020
in Artikel, Review
0 0
0
Sebelum pulang ke Malaysia, Jom singgah di ARTNIA@SQUARE ENIX di Shinjuku dan selami dunia Final Fantasy!
Share on FacebookShare on Twitter

Kita ni dah sampai Jepun, apa lagi memang inilah peluang kami untuk tidak lepaskan peluang selami dunia-dunia permainan yang ada di Jepun walaupun masa kami terhad. Yela sebelum ini kami sempat menyinggah makan ais kacang Monster Hunter World di ICE Monster, makan di cafe Eorzea yang penuh dengan makanan berkonsepkan Final Fantasy, lepak-lepak main VR game di Mazaria VR Center. Jadi jangan tanya kenapa kami sampai sempat singgah ARTNIA dari Square Enix yang menjual pelbagai barangan permainan Square Enix terutamanya FINAL FANTASY!

Terletak bersebelahan dengan bangunan Square Enix yang megah di Shinjuku, Tokyo, Jepun, jangan tanya kenapa kami pulang dengan dompet kosong lepas ini! Okay-okay, tempat ini memang wajib pada kesemua peminat Final Fantasy untuk singgah! Lebih banyak buah tangan yang anda boleh beli dan bawa pulang ke tanah air. Istimewanya Artnia ini, bila anda masuk, ia mempunyai perubahan dekorasi mengikut musim semasa. Macam sekarang ini, bertemakan musim Holoween, dan kemungkinan selepas ini musim Krismas!

 

1 of 5
- +

Dalam beberapa langkah pertama, kami disambut dengan banyak barangan rasmi yang dikeluarkan oleh Square Enix. Seperti yang dijangkakan, terdapat hanya tajuk utama yang menduduki rak. Beberapa permainan lain yang dapat kita lihat turut ada disekeliling.

 

1 of 15
- +

Berbanding dengan Final Fantasy Eorzea Café, pelbagai produk di Artnia darpada semua siri Final Fantasy untuk anda pilih yang termasuk Kingdom Heart, Octopath Traveler dan The Ends With You! Siap lagu-lagu dari kesemua siri ini berkumandang di telinga kami sambil membeli belah disini!

Bukan setakat dengar je alunan lagu-lagu tersebut, ada pula satu bilik didalam kedai ini yang tersusun dengan seluruh soundtrack Final Fantasy! Sebelum nak beli tu, hayati lah dulu dan pilih mana yang nak disini.

Tidak habis disitu, ada sebuah lagi bilik yang khas didalam kedai untuk model-model figura eksklusif watak permainan dari Square Enix seperti Final Fantasy sendiri, Nier: Automata, siri Kai dan banyak lagi! Kesemua barangan disimpan secara elok dalam kotak cermin paparan. Bagi peminat teliti sebelum bawa pulang figurin-figurin tersebut!

 

1 of 23
- +

Dah penat membeli belah? Jangan risau, kami kat sini memang berpuas hati, tekak kering singgah sahaja di Artnia Cafe. Tidak seperti Eorzea Cafe yang bertemakan Final Fantasy, kali ini Artnia Cafe bertemakan Dragon Quest! Menu-menu semua menarik, nak hilangkan haus~ No Hal! Risau bahasa Jepun je semua, tidak mengapa, dalam menu ada bahasa Inggeris juga.

 

1 of 5
- +

Okay tadi dah kurus kejap, lepas tu buncit balik lepas makan! Baiklah, ini memang satu tempat yang anda tidak patut lepaskan! Jangan menyesal bila dah masuk dalam kedai ni nanti! Mesti tergoda punya. Okay kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai kedai ini, anda boleh terus layari laman web rasmi Artnia Square Enix.

*Gambar ditangkap oleh Honor 20 Pro ( 8MP AI Quad Camera)*

Tags: ARTNIAARTNIA Final FantasyArtnia Square Enix CafeARTNIA@Square Enixfinal fantasysquare enix
Previous Post

Masih baru dalam permainan DOTA 2? Mungkin Hero-hero Solo/Carry ini sesuai untuk anda!

Next Post

Penantian hampir berakhir! Call of Duty: Mobile diumumkan lancar 1 Oktober ini!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Penantian hampir berakhir! Call of Duty: Mobile diumumkan lancar 1 Oktober ini!

Penantian hampir berakhir! Call of Duty: Mobile diumumkan lancar 1 Oktober ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd