Semasa di Jepun, kami telah berkesempatan mengunjungi sebuah kedai ICE MONSTER, yang menyajikan pencuci mulut berkonsepkan air baru campur (ABC) di Malaysia. Apa yang kami ingin kongsikan adalah pencuci mulutnya yang bertemakan Monster Hunter World: Iceborne. Kolaborasi ini menghasilkan pencuci mulut yang unik hanya untuk game ini dan sajian istimewa ini akan dihidangkan kepada pelanggan daripada 4 September hingga 23 September.
Kedai ini beralamat di:
Tidak cukup di bahagian luar kedai, kesemua meja-meja di dalam kedai ini penuhi dengan tema Monster Hunter World: Iceborne. Ini sememangnya sesuatu yang istimewa dan memberikan suasana seolah-olah berada di dalam dunia New World.
Sepertimana yang kami beritahu, kedai ini menyediakan hidangan pencuci mulut ala ABC, mungkin dengan perasa yang lebih rumit dan padat. Menu asalnya mengandungi perasa-perasa yang biasa seperti mango, strawberry, bubble milk team dan almond.Manakala, untuk pencuci mulut Monster Hunter World: Iceborne, terdapat 2 hidangan khas dan menunya juga tidak diselitkan bersama-sama pencuci mulut yang lain:
Kami telah mencuba kedua-duanya. Untuk “ABC” yang berwarna putih, ianya berperisa susu, ditambah dengan ais krim pudina dan juga boba yang berwarna biru.Seterusnya, satu lagi varian adalah “ABC” berperisa kopi, yang didatangkan bersama dengan 2 cawan kecil sos karamel dan kopi dimana anda harus menuangnya sendiri. Terdapat juga boba berperisa kopi.
Tekstur ais kisarnya adalah sangat halus, sehinggakan ianya nampak seperti yogurt beku Froyo. Rasanya pula, memang seperti yang diiklankan. Tetapi disini kami ingin memberi sedikit cadangan, palico dan monster di atas kedua-dua pencuci mulut ini adalah biskut beras; dan rasanya pendek kata, tak perlulah anda memakannya (barangkali kita berlainan cita rasa, ataupun anda sudah mengembara jauh hingga ke Shibuya dan tidak peduli; anda bolehlah memakannya).Apapun di pengakhirannya, anda akan terasa seperti memakan ABC dengan harga RM60 dan akan terkenangkan ABC di tanah air. Namun, bila kami memikirkan sudah merentas laut China Selatan dan laut China Timur dalam penerbangan lebih 7 jam, apa salahnya?
*Gambar ditangkap oleh Honor 20 Pro ( 8MP AI Quad Camera)*
@gamersantaimy
Discussion about this post