Akhirnya!! Akhirnya berita gembira buat kesemua peminat yang menantikan kehadiran Call of Duty: Mobile (CODM) dari awal tahun, hingga versi BETA hadir dan pra-pendaftaran dibuka beberapa bulan lalu. Kini anda boleh tersenyum gembira apabila secara rasminya CODM akan hadir di platform Android dan iOS anda pada 1 Oktober 2019 ini!
Satu pengumuman Activision yang ramai sangat peminat nantikan! CODM merupakan sebuah permainan mobile Free-to-play yang dibangunkan oleh Tencent Timi Studio yang mengambil inspirasi dari siri permainan asal Call of Duty seperti Modern Warfare dan Black Ops!
Mod multiplayer dan battle royale akan hadir pada awal pelancaran bersama acara masa terhad dan senarai permainan akan dikemaskini secara kerap. Dalam mod multiplayer, pemain akan dapat bersaing dalam mod klasik Call of Duty seperti Team Deathmatch, Search and Destroy dan Free-for-All. Peta popular seperti Nuketown, Crash dan Hijacked juga dijangkakan akan hadir secara bergilir dalam permainan.
Bagi pertempuran Battle Royale hampir sama seperti pemainan battle royale yang lain. 100 pejuang akan terjun ke dalam kawasan peta dan bertarung untuk menjadi pemain / pasukan terakhir yang bertahan untuk menang. Terdapat mod solo, duo dan four person dalam battle royale. Senjata dan kenderaan boleh didapatkan diserata peta yang disesuaikan khusus untuk versi mudah alih permainan.
Ciri-ciri selebihnya yang ada dalam Call of Duty: Mobile;
- Bermain mod-mod ikonik dari siri-siri Call of Duty!
- Battle Royale lagi? Jangan risau kali ini cara Call of Duty yang punya!
- Kustom segala milik anda! Pelbagai skin, pakaian , senjata dan macam-macam lagi lah untuk anda kustom dan dapatkan!
- Kejar ranking dan jangan lupa tubuhkan clan anda!
- Dibina dan dioptimumkan khas kepada peminat Call of Duty untuk Mobile!
“Kami telah menguji permainan secara meluas di wilayah terpilih dan maklum balas yang kami terima telah membantu kami memperbaiki pengalaman untuk 1 Oktober,” kata naib presiden Activision Chris Plummer dalam satu kenyataan.
Dah boleh senyum lebar lepas ini! Tak perlu aplikasi tepi atau VPN lagi untuk memuat turun Call of Duty: Mobile, nantikan kehadiranya 1 Oktober ini di Google Play Store dan Apps Store juga teruskan layari laman web rasmi Call of Duty: Mobile untuk lebih banyak kemaskini.
Sumber: Activision Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post