Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sebanyak 125 juta Nintendo Switch dijual di seluruh dunia, sekarang “Konsol ke-3 Terlaris Sepanjang Masa”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 12, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Industri, Nintendo Switch, Platform
0 0
0
Sebanyak 125 juta Nintendo Switch dijual di seluruh dunia, sekarang “Konsol ke-3 Terlaris Sepanjang Masa”
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, Nintendo membuat pengumuman melalui penyata rasmi bahawa konsol handheld mereka, Nintendo Switch, telah menjual lebih daripada 125 juta unit di seluruh dunia, lantas mengukuhkan posisinya sebagai salah satu konsol paling popular di seluruh dunia.

Kredit: Nintendo

Secara lebih khusus lagi, Nintendo Switch telah menjual sebanyak 125.62 juta unit di seluruh dunia sehingga tarikh 31 Mac 2023. Ini merupakan peningkatan sebanyak tiga juta daripada hasil penyata kewangan sebelum ini, dan membuatkan Nintendo Switch menjadi konsol ketiga paling terlaris sepanjang masa.

Walaupun ini adalah angka yang mengagumkan, laporan juga menunjukkan pada penurunan kecil bagi jumlah jualan Nintendo Switch secara keseluruhan. Keuntungan kasar turun sebanyak 6.4% daripada 946 bilion yen (kira-kira RM31 bilion) pada tahun sebelum kepada 885.4 bilion yen (kira-kira RM29 bilion).

Namun, Nintendo bukanlah dalam situasi yang teruk atau bermasalah kerana tahun lepas (2022) adalah jualan ke-3 ketiga tertinggi sepanjang jangka hayat konsol. Pada masa yang sama, jumlah pengguna yang bermain tahunan telah meningkat daripada 103 juta kepada 114 juta.

Bagaimana pula dengan penjualan game mereka? Di sini, Nintendo turut berkongsi jumlah jualan yang dikemas kini untuk game first-party (sumber pihak pertama) di Switch. 10 game first-party Switch paling laris adalah:

  1. Mario Kart 8 Deluxe – 53.79 juta
  2. Animal Crossing: New Horizons – 42.21 juta
  3. Super Smash Bros. Ultimate – 31.09 juta
  4. The Legend of Zelda: Breath of the Wild – 29.81 juta
  5. Pokemon Sword / Pokemon Shield – 25.82 juta
  6. Super Mario Odyssey – 25.76 juta
  7. Pokemon Scarlet / Pokemon Violet – 22.10 juta
  8. Super Mario Party – 19.14 juta
  9. New Super Mario Bros. U Deluxe – 15.41 juta
  10. Ring Fit Adventure – 15.38 juta

Baca segala berita kami tentang Nintendo Switch di SINI.

Tags: industriKonsolnintendonintendo switch
ShareTweetSend
Previous Post

DLC One Piece Odyssey: Reunion of Memories akan dikeluarkan pada 25 Mei ini!

Next Post

Preview Prehistoric Planet Musim 2 – Kembali ke alam dinosaur!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Preview Prehistoric Planet Musim 2 – Kembali ke alam dinosaur!

Preview Prehistoric Planet Musim 2 - Kembali ke alam dinosaur!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd