Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan bahawa DLC senario tambahan Reunion of Memories untuk One Piece Odyssey akan tersedia pada 25 Mei 2023 di PS4, PS5, Xbox Series X|S dan PC Steam.
Sebuah trailer baharu telah dikeluarkan, yang memaparkan kisah kru Straw Hat ketika mereka meneroka pulau misteri Waford. Apakah kebenaran yang tersembunyi di penghujung pengembaraan ini? Anda boleh tonton trailer di bawah:
Sambil bersiap untuk petualangan berikutnya, Kelompok Topi Jerami mengadakan pesta perpisahan bersama Lim sebelum mereka berangkat.
Semasa bersiap untuk pengembaraan seterusnya, Straw Hat telah mengadakan majlis perpisahan dengan Lim sebelum mereka pergi. Di tengah-tengah pesta itu, Luffy mendengar suara misteri di kepalanya berkata, “Lari!”
Dalam sekelip mata, kru Straw Hat telah diangkut kembali ke dunia ingatan “Memoria”. Walaupun dunia itu dibuat berdasarkan ingatan semua orang, mereka terpaksa berhadapan dengan situasi luar dugaan yang datang bertubi-tubi.
Adakah mereka dapat melarikan diri dari dunia memori yang menakutkan ini?
Bak kata Katsuaki Tsuzuki (producer kepada One Piece Odyssey), satu perubahan besar kepada DLC adalah ia akan lebih menumpukan pada pertempuran. DLC ini dibuat khusus untuk bahagian ‘end-game’ (bukan sahaja daripada segi jalan cerita) malah untuk tahap kesukaran. Kekuatan musuh amat tinggi dan berada di tahap selepas pemain menamatkan jalan cerita utama.
Pada masa yang sama, mereka menyediakan banyak pertempuran yang memerlukan pendekatan lebih taktikal, serta beberapa syarat khas untuk menang – jadi pemain boleh mengharapkan jenis cabaran baharu apabila bermain. Disebabkan sifat end-game, DLC Reunion of Memories hanya boleh dimainkan selepas pemain menamatkan jalan cerita utama.
Watak baharu yang sah akan muncul dalam DLC ini termasuk Dracule Mihawk, Perona, Enel dan Edward Newgate aka Whitebeard yang mungkin datang sebagai musuh atau teman.
One Piece Odyssey kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4 dan PC melalui Steam manakala DLC Reunion of Memories akan tiba pada 25 Mei. Baca segala liputan kami tentang game ini termasuk review lengkap di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post