Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Scopely Membeli Niantic, Pencipta Pokémon GO, Dalam Perjanjian $3.5 Bilion!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 13, 2025
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Scopely Membeli Niantic, Pencipta Pokémon GO, Dalam Perjanjian $3.5 Bilion!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 12 Mac 2025, Scopely, penerbit terkenal dalam industri mobile gaming dengan judul seperti Monopoly GO dan Marvel Strike Force, mengumumkan perjanjian muktamad untuk mengambil alih bahagian gaming Niantic dengan nilai anggaran $3.5 bilion.

Perjanjian ini merupakan salah satu pengambilalihan terbesar dalam sektor mobile gaming dan menandakan usaha Scopely untuk mengukuhkan dominasinya dengan menggabungkan portfolio game augmented reality (AR) dan berasaskan lokasi milik Niantic.

Kredit: Scopely

Niantic, yang dipisahkan daripada Google pada 2015, meraih populariti global menerusi pelancaran Pokémon GO pada 2016, sebuah judul yang merevolusikan industri dengan campuran teknologi AR dan eksplorasi dunia sebenar. Selain itu, Niantic juga membangunkan Pikmin Bloom, dan Monster Hunter Now, semuanya dibina atas platform teknologi geospatialnya.

Game-game ini telah menarik ratusan juta pemain di seluruh dunia, dengan Pokémon GO kekal sebagai fenomena budaya dan penyumbang utama pendapatan hampir sedekad selepas pelancarannya.

Melalui pengambilalihan ini, Scopely akan mengambil alih keseluruhan perniagaan gaming Niantic, termasuk Pokémon GO, Pikmin Bloom, Monster Hunter Now, serta aplikasi sampingan seperti Campfire dan Wayfarer.

Pasukan pembangunan gaming Niantic, termasuk pemimpin utama seperti Kei Kawai dan Ed Wu, turut akan menyertai Scopely, memastikan kesinambungan operasi dan pembangunan game-game tersebut.

Namun, Niantic tidak akan hilang sepenuhnya. Syarikat itu sedang menjalani penstrukturan semula dan akan menubuhkan Niantic Spatial, sebuah entiti baharu yang memberi tumpuan kepada AI geospatial dan teknologi AR untuk kegunaan perusahaan serta pembangun.

Niantic Spatial akan mengekalkan hak milik ke atas dua game: Ingress Prime dan Peridot, membolehkan syarikat ini beralih daripada pembangunan game kepada pengukuhan infrastruktur AR, bidang di mana ia telah lama menjadi peneraju.

Kredit: Niantic

Dengan nilai $3.5 bilion, perjanjian ini mencerminkan keuntungan besar yang dijana oleh bahagian gaming Niantic—Pokémon GO sahaja dilaporkan memperoleh lebih $1 bilion setahun dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Walaupun perjanjian ini masih tertakluk kepada syarat penutupan dan kelulusan pihak berkuasa, jika semuanya berjalan lancar, peralihan Niantic ke pengurusan Scopely dijangka berlaku tanpa gangguan kepada pemain.

Tags: nianticScopely
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Fest+ 2025 Berlangsung 19-20 April – Tiket Early Bird Kini Dijual!

Next Post

Live Action ‘Lilo & Stitch’ Bakal Ditayangkan di Malaysia pada 22 Mei!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Live Action ‘Lilo & Stitch’ Bakal Ditayangkan di Malaysia pada 22 Mei!

Live Action 'Lilo & Stitch' Bakal Ditayangkan di Malaysia pada 22 Mei!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd