Daripada rom-com hingga ke shonen dan shojo, kita telah melihat ramai pasangan dalam sejarah anime. Sudah tentu, ada beberapa pasangan yang peminat ingin lihat bersama hingga ke akhir siri, apatah lagi berkahwin. Di sini, sebuah undian di Jepun telah menyeneraikan “Pasangan Kahwin Anime Terbaik“, dan nampaknya Sasuke dan Sakura menjadi pilihan orang ramai.
Maklumat ini berasal daripada Numan, salah satu media popular di Jepun, yang meminta netizen untuk mengundi “Pasangan Kahwin” yang mereka rasa adalah “yang terbaik dalam anime”. Selesai sahaja fasa undian, kajian telah mendedahkan 10 pilihan tertingi, di mana Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura daripada siri Naruto memenangi tempat pertama.
Berikut adalah senarai penuh:
- Uchiha Sasuke & Haruno Sakura (Naruto)
- Uzumaki Naruto & Hyuga Hinata (Naruto)
- Asakura Yoh & Kyoyama Anna (Shaman King)
- Loid Forger & Yor Briar (Spy Family)
- Kurosaki Ichigo & Inoue Orihime (Bleach)
- Kudo Kiyoka & Saimori Miyo (My Happy Marriage)
- Kudo Yusaku & Kudo Yukiko (Detective Conan)
- Kirigaya Kazuto & Yuki Asuna (Sword Art Online)
- Van Hohenheim & Trisha Elric (Fullmetal Alchemist)
- Abarai Renji & Kuchiki Rukia (Bleach)
Itu bukan satu-satunya pasangan daripada siri Naruto untuk muncul dalam senarai ini kerana di tempat kedua adalah Uzumaki Naruto dan Hyuga Hinata. Walaupun kisahnya penuh aksi semasa zaman Shippuden, ramai peminat ingin melihat apa yang terjadi kepada watak kegemaran mereka selepas memasuki era Boruto: Naruto Next Generations. Antara persoalan yang timbul; “Siapa kahwin dengan siapa?” “Siapa yang ada anak?” Dan sebagainya.
Satu lagi anime lain dengan dua pasangan daripada satu siri ialah Bleach, iaitu Ichigo dan Inoue / Renji dan Rukia. Jadi amat jelas, komuniti shonen pun mengambil berat tentang percintaan. Beberapa anime lama seperti Shaman King dan Fullmetal Alchemist turut muncul dalam senarai ini, tetapi ada juga beberapa wakil yang lebih moden seperti Spy x Family dan My Happy Marriage.
Apa pendapat anda tentang Pasangan Kahwin Anime Terbaik? Adakah Sasuke dan Sakura layak mendapat nombor satu? Jom kongsi pendapat di ruang komen!
@gamersantaimy
Discussion about this post