Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sambutan Hujung Tahun Anda Di Acara “LaLaport Pokémon Happy Holidays!”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 28, 2025
in Artikel, Berita, Jom Singgah!, Kolaborasi, Tempatan
0 0
0
Sambutan Hujung Tahun Anda Di Acara “LaLaport Pokémon Happy Holidays!”
Share on FacebookShare on Twitter

Musim perayaan di Kuala Lumpur kini lebih hangat dengan bermulanya acara “LaLaport Pokémon Happy Holidays” yang dilancarkan secara rasmi semalam di Mitsui Shopping Park LaLaport BBCC, membawakan sentuhan Pokémon kepada semua.

Kami yang turut serta pada hari pertama pelancaran menyaksikan bagaimana dunia Pokémon dihidupkan untuk memikat hati para peminat dari segenap lapisan umur. Acara ini, yang akan berlangsung sehingga 4 Januari 2026, memang padat dengan pelbagai aktiviti, permainan, dan kejutan.

Watak ikonik, Pikachu, seperti biasa diangkat sebagai tarikan utama sepanjang kempen ini dan dijadualkan untuk membuat beberapa penampilan istimewa bagi menceriakan para pengunjung.

Pada setiap hujung minggu, para peminat berpeluang untuk berjumpa dengan Pikachu secara lebih dekat melalui sesi Meet-and-Greet serta melihat kelibatnya yang ceria berjalan-jalan di sekitar pusat beli-belah.

Bagi menambahkan keseronokan berunsur pengembaraan dalam aktiviti membeli-belah, LaLaport BBCC menganjurkan sebuah misi “Memburu Pokémon”. Para pengunjung hanya perlu berbelanja minimum RM10 di mana-mana kedai untuk mendapatkan sebuah buku koleksi pelekat.

Misi ini berlangsung selama lima minggu, dengan 40 pelekat Pokémon berlainan untuk dikumpul kesemuanya. Setiap minggu, lapan rekaan pelekat baharu akan diedarkan di lapan kedai yang mengambil bahagian. Pengumpul yang berjaya mengumpul kesemua pelekat akan menerima satu set pelekat Pokémon edisi terhad sebagai ganjaran.

Di samping itu, setiap pembelian barangan Pokémon di reruai khas di Main Atrium, Tingkat G, akan melayakkan pelanggan menerima sekeping poskad untuk menyertai aktiviti rali setem yang eksklusif. Aktiviti ini memerlukan peserta untuk mengumpul lima cap setem istimewa yang boleh didapati di beberapa kaunter di serata pusat beli-belah.

Untuk melengkapkan pengalaman, pelbagai lokasi bergambar bertemakan Pokémon turut disediakan bagi membolehkan pengunjung mengabadikan momen mereka.

Peminat Pokémon Trading Card Game pula tidak ketinggalan, kerana sesi tunjuk ajar percuma disediakan untuk mereka mempelajari taktik dan petua permainan yang baharu. Sementara itu, para gamer berpeluang untuk mencuba sendiri demo game Pokémon terbaharu, Pokémon Legends: Z-A, yang dimainkan di konsol Nintendo Switch 2.

Semangat perayaan ini disemarakkan lagi dengan kedai pop-up bertema yang menawarkan pelbagai barangan koleksi rasmi Pokémon dan barangan bermusim yang lain. Pertunjukan lampu pokok Krismas bertemakan Pokémon yang memukau juga akan menerangi WoW Plaza di Tingkat G setiap malam.

Serentak dengan pelancaran acara ini, LaLaport BBCC turut menganjurkan Jualan Lewat Malam Black Friday dari 28 hingga 30 November. Dalam tempoh ini, pengunjung boleh membeli-belah sehingga larut malam sambil menikmati pelbagai promosi hebat, jualan kilat, dan produk eksklusif.

Sebagai bonus istimewa sempena musim cuti, pelanggan yang membelanjakan RM500 ke atas di mana-mana kedai boleh menebus barangan Pokémon eksklusif seperti set lanyard bersama pemegang kad, botol minuman (tumbler), dan satu set beg.



Tags: LaLaportPokémon
ShareTweetSend
Previous Post

Dunia “Stranger Things” Menjelma, Jom Sertai Acara “One Last Adventure” Di Kuala Lumpur!

Next Post

Malaysia Dominasi ‘Top 3’ Di KIC 2025, HomeBois BSE Masih Gah Pertahan Gelaran Juara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Malaysia Dominasi ‘Top 3’ Di KIC 2025, HomeBois BSE Masih Gah Pertahan Gelaran Juara!

Malaysia Dominasi 'Top 3' Di KIC 2025, HomeBois BSE Masih Gah Pertahan Gelaran Juara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd