Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dunia “Stranger Things” Menjelma, Jom Sertai Acara “One Last Adventure” Di Kuala Lumpur!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 28, 2025
in Artikel, Berita, Jom Singgah!, Movie/siri, Netflix, Tempatan
0 0
0
Dunia “Stranger Things” Menjelma, Jom Sertai Acara “One Last Adventure” Di Kuala Lumpur!
Share on FacebookShare on Twitter

Sementara dunia bersiap sedia untuk babak terakhir saga Stranger Things, Kuala Lumpur telah berubah menjadi sebuah taman permainan yang penuh dengan elemen supernatural bagi meraikan musim kelima dan penamat siri kegemaran ramai terbitan Netflix.

Bersempena dengan acara sedunia “One Last Adventure“, satu hentian unik telah diadakan di Malaysia, memberikan peluang kepada para peminat untuk menyertai “Stranger Rides” sebagai acara perpisahan yang pastinya tidak akan dilupakan.

Kami berkesempatan untuk turut serta dalam kemeriahan malam pelancaran semalam, di mana suasana di sekitar Daily Dose Coffee, Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang begitu meriah dengan gelagat para peminat yang teruja.

Bermula dari 27 hingga 30 November, para peminat diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam dunia Stranger Things yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini.

Acara tumpuan utama, “Stranger Rides”, mempersembahkan barisan beca yang telah diubah suai dengan hiasan bertemakan siri tersebut.

Para pengunjung akan dibawa bersiar-siar di sepanjang Jalan Ampang menaiki beca yang diinspirasikan daripada elemen-elemen ikonik seperti Palace Arcade, watak seram Demogorgon, dan juga Surfer Boy Pizza.

Walaupun slot tempahan dalam talian dilaporkan telah penuh, masih ada beberapa kekosongan terhad untuk mereka yang datang tanpa tempahan, berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

Bagi yang tidak berpeluang untuk menaiki beca, jangan risau kerana beca-beca yang dihias kreatif ini turut dipamerkan untuk orang ramai mengambil gambar kenang-kenangan.

Seluruh kawasan acara ini telah diselubungi dengan aura misteri dunia Upside Down, sambil menawarkan pelbagai aktiviti interaktif yang boleh disertai oleh pengunjung secara percuma. Kami dapat melihat sendiri bagaimana para peminat bersemangat mencuba untuk memecahkan rekod skor tertinggi Mad Max di Palace Arcade.

Namun, aktiviti permainan menyusun gambar Demogorgon terpaksa dibatalkan pada malam pembukaan ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Bagi menjadikan pengalaman ini lebih istimewa, para pengunjung berpeluang mengumpul cop di dalam pasport aktiviti yang disediakan di setiap stesen.

Pasport yang telah lengkap dengan cop boleh ditebus untuk mendapatkan cenderahati eksklusif Stranger Things, termasuk beg edisi terhad, namun harus diingat bahawa kuantitinya adalah terhad pada setiap hari.

Selain itu, ada juga trak makanan yang menjual aneka juadah yang diinspirasikan daripada siri tersebut, seperti piza dan cendol. Tidak ketinggalan, sebuah ruang bergambar di atas bumbung bangunan turut disediakan, membolehkan para peminat untuk merakam gambar kenangan dengan latar belakang pemandangan Menara KLCC.

Tayangan musim kelima Stranger Things akan disiarkan dalam tiga bahagian berbeza. Bahagian pertama, yang mengandungi empat episod, telah pun mula ditayangkan sejak 27 November 2025.

Bahagian kedua pula, yang terdiri daripada tiga episod, dijadualkan untuk siaran pada 26 Disember 2025, manakala episod finale akan ditayangkan pada 1 Januari 2026.

Acara “Stranger Rides” akan berterusan sehingga 30 November dari jam 6 petang hingga 11 malam. Untuk maklumat terkini, para peminat digalakkan untuk mengikuti @NetflixMY di platform media sosial.

Tags: netflixStranger Things
ShareTweetSend
Previous Post

Game F2P “SEGA Football Club Champions 2026” Tiba Januari 2026!

Next Post

Sambutan Hujung Tahun Anda Di Acara “LaLaport Pokémon Happy Holidays!”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Sambutan Hujung Tahun Anda Di Acara “LaLaport Pokémon Happy Holidays!”

Sambutan Hujung Tahun Anda Di Acara "LaLaport Pokémon Happy Holidays!"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd