Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Malaysia Dominasi ‘Top 3’ Di KIC 2025, HomeBois BSE Masih Gah Pertahan Gelaran Juara!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 30, 2025
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA
0 0
0
Malaysia Dominasi ‘Top 3’ Di KIC 2025, HomeBois BSE Masih Gah Pertahan Gelaran Juara!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini melakar sejarah buat e-sukan Malaysia. Menjelang penghujung saingan hari kedua terakhir Honor of Kings International Championship (KIC) 2025, satu perkara sudah terbukti nyata: takhta kejuaraan dunia sah milik Malaysia.

Di Ayala Malls Manila Bay, pasukan-pasukan negara berjaya membolot kedudukan podium dengan mengesahkan tiga tempat teratas dalam Kejohanan Dunia ini. Susulan penyingkiran harapan terakhir Filipina, Blacklist International, piala KIC 2025 kini sah akan dibawa pulang ke Malaysia.

Dominasi Malaysia disahkan selepas hari yang penuh drama dan mendebarkan, menyaksikan juara bertahan HomeBois BSE menempah tiket pertama ke Grand Final, manakala Alpha Gaming membungkam sorakan penyokong tuan rumah dalam perlawanan penyingkiran yang cukup kritikal.

HomeBois BSE: Sang Juara Menanti

HomeBois BSE | Kredit: Digital Braves

Aksi hari ini dimulakan dengan Upper Bracket Final, pertembungan antara dua gergasi Malaysia: juara bertahan dunia HomeBois BSE (dahulunya Black Shrew Esport) dan Juara Spring, Nova Esports.

Biarpun kedua-dua pasukan mempunyai reputasi hebat, HomeBois BSE mempamerkan prestasi digeruni yang pernah menjulang mereka sebagai juara tahun lalu. Dalam siri Best-of-7 yang cukup dominan, HomeBois menewaskan Nova Esports dengan keputusan 4–1.

Kemenangan ini melayakkan mereka terus ke Grand Final, di mana mereka akan berjuang untuk memastikan gelaran dunia kekal milik mereka.

Duka Buat Tuan Rumah

Blacklist International | Kredit: Digital Braves

Suasana paling riuh hari ini dapat dirasai ketika Lower Bracket Semifinal. Arena dipenuhi peminat Filipina yang memberikan sokongan kepada Blacklist International, satu-satunya wakil tuan rumah yang masih tinggal.

Namun, penghalang laluan mereka ialah wakil Malaysia, Alpha Gaming. Berdepan tekanan hebat dan suasana gelanggang yang ‘panas’, Alpha Gaming mempamerkan semangat kental. Mereka mematahkan strategi pasukan Filipina, sekaligus membungkam sorakan penonton Manila dengan kemenangan 4–1.

Keputusan ini menjadi pengakhiran perjuangan buat Filipina (Tempat ke-4, membawa pulang $80,000 USD) dan mengesahkan pencapaian luar biasa: HomeBois BSE, Nova Esports, dan Alpha Gaming secara eksklusif menguasai tiga tempat teratas kejohanan ini.

Hasil penguasaan penuh podium ini, ketiga-tiga organisasi Malaysia tersebut secara rasminya layak ke kejohanan berprestij Honor of Kings Challenger Cup 2025.

Laluan ke Grand Final

Alpha Gaming | Kredit: Digital Braves

Susulan kekalahan kepada HomeBois, Nova Esports turun ke Lower Bracket Final untuk berdepan Alpha Gaming yang sedang berada di puncak prestasi, dalam satu perlawanan ulangan Upper Bracket Semifinals.

Sebagai aksi penutup tirai hari ini di Lower Bracket Final, Nova Esports berjaya menewaskan Alpha Gaming dengan keputusan 4-2. Walaupun Alpha Gaming memberi saingan sengit, pengalaman Nova Esports ternyata menjadi pembeza untuk mengesahkan kemenangan.

Dengan keputusan ini:

  • Nova Esports mara ke Grand Final dan akan kembali membuat perhitungan dengan HomeBois BSE esok untuk merebut gelaran Juara Dunia.
  • Alpha Gaming menamatkan kempen cemerlang mereka di tempat ketiga.

Pentas akhir esok bakal menyaksikan pertembungan epik sesama sendiri wakil Malaysia antara HomeBois BSE menentang Nova Esports.

Peminat di Malaysia boleh menyaksikan perlawan akhir ini secara langsung di media sosial Honor of Kings Esports MY atau melalui tab Esports di dalam game.

Tags: honor of kingsKIC 2025
ShareTweetSend
Previous Post

Sambutan Hujung Tahun Anda Di Acara “LaLaport Pokémon Happy Holidays!”

Next Post

HomeBois BSE Pertahan Takhta Dunia, Sapu Bersih KIC 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
HomeBois BSE Pertahan Takhta Dunia, Sapu Bersih KIC 2025!

HomeBois BSE Pertahan Takhta Dunia, Sapu Bersih KIC 2025!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd