Sebuah berita yang agak mengejutkan malam ini bahawa jurulatih SEM9.GANK PUBG Mobile Agusalim Bin Amran atau IGN nya Hahagus telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
Arwah telah disahkan menghidap COVID-19 Stage 4 dan dimasukkan ke hospital Sungai Buloh. Siang tadi, Sem9 telah mengongsikan di Facebook mereka bahawa arwah telah terpaksa ditidurkan. Beberapa hari lalu, komuniti PUBG Mobile Malaysia turut telah mengadakan bacaan Yassin beramai-ramai kepada arwah.
Arwah hampir memasuki 24 tahun dimana sebelum ini pernah bermain sebagai pemain esports PUBG Mobile sebelum disahkan menjadi jurulatih SEM9.GANK. Jadi kami menghentikan bacaan di sini dan minta semua pembaca untuk sedekahkan Al-Fatihah pada arwah Agusalim Bin Amran. Moga arwah tenang di sana dan terima kasih kerana telah memajukan esports negara. Salam takziah daripada kami di Gamer Santai.
Sumber: SEM9
@gamersantaimy
Discussion about this post