Sakit bila kena Tikam dari Belakang? Dalam game pun ada PENGKHIANAT serupa ini sebenarnya!

Kena tikam dari member sendiri pun dah sakit hati, dalam game pun banyak sebenarnya pengkhianat cenggini!

Setiap permainan video kebanyakkanya dilengkapi dengan jalan penceritaan, setiap jalan penceritaan mempunyai senario yang tidak dapat diramalkan. Sama seperti kehidupan realiti dimana kehidupan kita sebenarnya telah ditentukan cuma hanya perlu untuk dibawa ke jalan yang benar. Rasanya, salah satu pekara yang kerap terjadi adalah istilah “Tikam Dari Belakang”, atau senang cerita pengkhianat yang sering tidak berpuas hati kepada kita atau pun sesuatu untuk menjatuhkan kita. Sebenarnya jalan cerita dalam permainan juga ada terselit watak serbegini rupa. Ada yang mengkhianati rakan sendiri, syarikat atau angkatan sendiri, ada juga keluarga sendiri!

Jadi hari ini kami ingin mengongsikan beberapa watak dalam permainan video yang mengkhianati didalam jalan penceritaan permainan kegemaran anda dan membuat ada geram! Jom lihat siapa yang popular sangat berperangai khianat ni!

Gary Smith (Bully)

Sumber: Away Kevil

 

Siapa tak pernah main permainan Bully rugilah anda! Merupakan sebuah permainan eksklusif di PlayStation 2 dan menjadi kegemaran ramai peminat ketika itu. Bukan setakat kepopulariti itu berakhir di PS2, setelah dikeluarkan semula dalam platform PC dan mobile, formula kecemerlangan dalam gameplay yang unik bersama pelbagai watak menambah-nambah lagi peminat permainan ini. Antara watak yang popular sudah semestinya watak utama Jimmy Hopkins dan juga kawanya Gary Smith, Paling sakit hati apabila Gary sebenarnya mempunyai niat buruk dan sifat pengkhianat. Gary selalu memerangkap Jimmy dalam pelbagai situasi yang selalu membuat Jimmy berakhir dalam masalah besar.

Big Smoke dan Ryder (Grand Theft Auto: San Andreas)

 

Siapa hantu main Grand Theft Auto: San Andreas? Yang mengikuti siri GTA ini sudah pasti mengenali dua watak popular didalam permainan ini iaitu Big Smoke dan Ryder. Kedua watak ini mula-mula sentiasa menjadi partagonis utama disebalik watak utama Carl Johnson (CJ). Tetapi, akhirnya kedua watak tersebut ‘kantoi’ mengkhianati CJ dengan merancang membunuh Sweet (abang CJ) yang juga merupakan ketua Grove Street Families. Tetapi ianya gagal lalu membunuh ibu mereka. Juga Big Smoke diikuti Ryder juga mengkhianati CJ dengan berpaling kepada The Ballas untuk urusan dadah.

Eric Sparrow (Tony Hawk: Underground)

Sumber: Giant Bomb

Eric Sparrow merupakan antagonis utama dalam permainan video Tony Hawk Underground 2003. Pada mulanya dia merupakan kawan baik kepada skater terkenal ini kemudianya menjadi pesaing dan musuh dia, sentiasa berusaha untuk mensambotaj kerjayanya sebagai skater. Sekali lagi dia juga muncul di Tony Hawk Underground 2 dan Tony Hawk’s Proving Ground dalam peranan antagonis yang sombong dan merupakan pro skater yang menipu.

Lance Vance (Grand Theft Auto: Vice City)

 

 

Pengkhianatan General Shepherd merujuk kepada detik dalam Call of Duty: Modern Warfare 2 di mana pemain sebagai watak Roach dan Ghost ditembak oleh General Shepherd, yang dianggap sebagai sekutu pada titik kritikal dalam plot permainan. Momen ini adalah salah satu siri yang paling tidak dapat dilupakan untuk peminat Call of Duty, dan telah diperli dan diedit dalam pelbagai memes.

Jadi cukup sampai disini, nanti panjang sangat malas pula anda nak baca kan. Gurau-gurau~ Ramai lagi sebenarnya pengkhianat didalam permainan video ni, cotohnya seperti Albert Welsker dalam Resident Evil, Edgar Ross dalam Red Dead Redemptiondan banyak lagi lah kalau nak dikongsikan! Siapa-siapa sahaja yang dah bermain permainan ini semua pasti geram je dapat tahu cerita sebenar yang orang terdekat anda tu pengkhianat? Jadi adat realiti dan dalam permainan pun lebih kurang. Okay, hingga nanti kami akan kongsikan lagi pekara menarik lain okay!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.