Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rurouni Kenshin: Senarai 10 watak paling terkuat dalam siri!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 25, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Rurouni Kenshin: Senarai 10 watak paling terkuat dalam siri!
Share on FacebookShare on Twitter

Ditulis oleh Nobuhiro Watsuki, siri manga/anime popular Rurouni Kenshin mengisahkan perjalanan hidup Himura Kenshin. Sebagai bekas pembunuh upahan, Kenshin kini bersumpah untuk menggunakan kebolehannya demi melindungi mereka yang tidak bersalah. Ketika siri ini bermula di era Meiji, Kenshin bertemu dengan sejumlah watak dengan kemahiran pertempuran dan teknik pedang yang luar biasa. Terbukti menjadi masalah bagi Kenshin, berikut adalah 10 watak paling terkuat dalam siri Rurouni Kenshin.

Uonuma Usui

Sama seperti Kenshin dan Shishio, Uonuma Usui pernah menjadi samurai untuk kerajaan. Namun, setelah dibutakan oleh Shishio, dia dibuang dan dianggap tiada nilai. Tidak lama selepas itu, Usui mendapati dirinya mempunyai deria pendengaran yang hebat. Untuk membalas dendam terhadap Shishio, Usui menyertai Juppongatana dan dianggap sebagai ahli kedua yang terkuat dalam pasukan.

Usui menggunakan tombak dan perisai dalam pertempuran dan dapat menyerang pihak lawan berulang kali dengan cepat. Disebabkan mempunyai deria pendengaran yang tinggi, Usui dapat mengesan pergerakan dan emosi pihak, di mana dia menamakan teknik ini sebagai Mind’s Eye.

Sagara Sanosuke

Sagara Sanosuke adalah salah satu watak utama dan merupakan teman rapat kepada Himura Kenshin. Merupakan bekas anggota tentera Sekiho, Sanosuke dahulu bekerja sebagai “pahlawan upahan”, tetapi setelah bertemu Kenshin, dia mula menggunakan kekuatannya untuk melindungi orang awam yang tidak bersalah.

Sanosuke terkenal dengan kekuatannya yang luar biasa. Walaupun tidak maskulin atau besar seperti watak lain, tubuh Sanosuke mampu menggunakan sejenis pedang bernama Zanbato, yang merupakan sebuah pedang yang lebih besar daripada dirinya. Kemudian, Sanosuke mempelajari teknik Futae No Kiwami yang membolehkannya menghancurkan apa sahaja menggunakan penumbuk.

Okita Soji

Pemimpin kepada skuad pertama Shinsengumi pada tahun-tahun akhir era Edo, Okita Soji adalah seorang samurai dengan penampilan yang sangat muda. Merupakan kawan baik kepada Hajime Saito, Soji dianggap sebagai samurai yang sangat hebat, di mana kedua-dua Saito dan Soji adalah pemimpin untuk pasukan masing-masing. Walaupun mempunyai penyakit tuberkulosis, Soji bertarung Himura Kenshin dan berjaya membuktikan dirinya setaraf dengan kehebatan samurai legenda tersebut.

Soji adalah seorang samurai yang hebat dan dianggap berada pada tahap kepakaran yang sama dengan Hajime Saito. Malangnya, Soji dianggap telah mati kerana penyakit tuberkulosis dan tidak dapat menunjukkan kekuatan sebenarnya dalam siri.

Yukishiro Enishi

Yukishiro Enishi diperkenalkan sebagai antagonis utama untuk Jinchu Arc. Ingin membalas dendam untuk kakaknya – Tomoe, Enishi melawan Kenshin kerana dia menganggap Kenshin adalah sebab utama untuk kematian Tomoe. Setelah dikalahkan oleh Kenshin, misi membalas dendam Enishi hancur dan dia meneruskan perjalanan hidup untuk mencari tujuan baru.

Enishi adalah pahlawan yang sangat strategik dan sadis. Obses dengan membalas dendam, Enishi mengajar dirinya seni Watojutsu, yang merupakan teknik pedang yang berbahaya dan ofensif. Selain itu, Enishi juga belajar untuk memastikan otaknya sentiasa dalam keadaan aktif, walaupun sedang tidur.

Seta Sojiro

Seta Sojiro adalah orang kanan kepada antagonis utama, Makoto Shishio, dan merupakan samurai yang handal sekali. Sojiro sebenarnya pakar dalam menyembunyikan emosi dalaman dan hanya menunjukkan senyuman di wajahnya, yang membuatnya pihak lawan sukar membaca Sojiro semasa bertarung. Sejak dianiaya ketika kecil dan diselamatkan oleh Shishio, Sojiro sangat setia padanya dan menganggap Shishio sebagai ayah dan insan terbaik dalam hidupnya.

Sojiro terkenal dengan teknik Shukuchi. Semasa bertarung, Sojiro dapat bergerak dengan sangat pantas sehingga gerakannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Apabila Sojiro menggabungkan kepantasan ini dengan teknik pedangnya, ia terbukti menjadi masalah untuk kebanyakan musuh termasuk Kenshin.

Saito Hajime

Sebagai salah satu pesaing paling lama kepada Himura Kenshin, Saito Hajime adalah bekas kapten unit ketiga Shinsengumi dan kini merupakan ejen khas untuk kerajaan Meiji. Kelihatan kurus dan lemah, dia sebenarnya adalah watak yang sangat kuat dan berkarisma. Walaupun selalu menentang Kenshin, Saito masih menghormatinya dan juga akan membantu Kenshin dalam pertarungan jika diperlukan.

Sebagai samurai, dia mahir dalam semua teknik “Shinsengumi-Kenjutsu”. Walaupun dirinya kidal, dia sebenarnya adalah ambidextrous dan mampu mengubah tangan dominannya dengan mahir pada bila-bila masa dengan cekap. Perkara ini dapat mengelirukan musuh dan membolehkan Saito mencari peluang untuk menyerang.

Shinomori Aoshi

Obses dengan mengalahkan Kenshin, Shinomori Aoshi adalah salah satu watak terkuat dalam siri ini. Setelah memperoleh kedudukan ketua Oniwabanshu pada usia 15 tahun, Aoshi sebenarnya bijak dalam menganalisis pertempuran. Mempunyai kekuatan yang sama seperti Kenshin dan Saito, dia sentiasa berazam untuk menjadi yang terkuat.

Senjata pilihan Aoshi adalah kodachi, sebilah pedang pendek yang digunakannya terutama untuk pertahanan sambil menggunakan Kenpo untuk menyerang. Setelah dikalahkan oleh Kenshin, dia menggunakan dua kodachi. Sebagai musuh yang berbahaya, Aoshi menggunakan ketangkasannya dengan kombinasi pertempuran pedang dan seni mempertahankan diri.

Shishio Makoto

Shishio Makoto diperkenalkan sebagai antagonis utama di Kyoto Arc. Sebagai bekas hitokiri Ishin Shishi, Shishio dikhianati oleh kerajaan Meiji dan dibakar hidup-hidup. Disebabkan itu, dia memakai pembalut di seluruh tubuhnya. Kini cacat, Shishio ingin menjatuhkan kerajaan semasa dan membunuh Kenshin.

Sebagai pengganti untuk Hitokiri Battōsai, kehebatannya dalam pertempuran memang setaraf dengan Himura Kenshin dan terbukti dapat menandingi protagonis utama dalam pertempuran Battōjutsu yang hebat. Walaupun mengalami kecederaan parah pada tubuh, kekuatan Shishio tetap kuat seperti semasa dia sihat.

Shishio dapat menghentikan teknik Ryushōsen milik Kenshin menggunakan jarinya, mengelak dan menyerang balas teknik Gatotsu Zeroshiki milik Saito pada jarak dekat, dan menerima serangan Futae no Kiwami milik Sanosuke tanpa mengalami kecederaan.

Himura Kenshin

Selaku protagonis utama, kekuatan Himura Kenshin memang tidak boleh disangkalkan. Dia adalah hitokiri legenda yang kini menjalani kehidupan aman di era pasca peperangan Jepun. Kenshin ingin melupakan masa lalunya sebagai Battosai, di mana dia telah membunuh ramai orang yang bersalah dan tak bersalah demi “masa depan Jepun” yang lagi cerah. Walaupun sudah insfat, setiap kali dia harus bertarung, Kenshin dengan cepat akan melupakan sikap santainya dan menunjukkan kemampuan sebenar.

Setelah mewarisi teknik Hiten Mitsurugi-ryū, kemahiran Kenshin pada usia 14 tahun membolehkannya menjadi pembunuh elit bagi kerajaan. Fokus utama pada teknik ini adalah pada kepantasan, di mana Kenshin dapat menyerang dan berlari dengan kelajuan yang sangat luar biasa sehingga mata kasar manusia pun tidak dapat menangkap pergerakannya dan bahkan dapat mengelak daripada tembakan senjata.

Teknik utamanya adalah seni pertempuran Battōjutsu. Dengan menguasai ilmu ini dan kebolehan untuk mengalahkan semua musuh dalam satu serangan, dia diberi nama Battōsai. Saya pun tidak ingin bercerita banyak tentang Kenshin. Ramai yang tahu dia mempunyai ilmu pertempuran pedang yang luar biasa dan adalah antara watak paling terkuat dalam siri.

Hiko Seijuro XIII

Dikenali sebagai guru Kenshin, Hiko Seijuro XIII disahkan sebagai watak terkuat dalam siri ini. Walaupun belajar di bawah Seijuro, kemahiran Kenshin tidak setara dan hanya mampu menandingi kekuatan gurunnta dengan menggunakan teknik Amakakeru Ryu no Hirameki. Seijuro mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap Kenshin, dan pasti akan membantu Kenshin apabila diperlukan.

Seijuro sudah tentu adalah samurai yang hebat, dan kemahiran ilmu pertempuran pedang lebih tinggi daripada semua watak lain. Dia sendiri telah menguasai teknik Hiten Mitsurugi Ryu dengan sempurna dan dapat melakukan semua teknik pada output maksimum. Di samping itu, Seijuro juga memakai jubah seberat 90 kilogram pada setiap masa untuk melatihkan kekuatannya.


Itu sahaja untuk senarai 10 watak paling terkuat dalam siri Rurouni Kenshin! Memandangkan filem aksi langsung Rurouni Kenshin kini boleh ditonton di Netflix, saya sarankan anda tonton jika ada peluang. Apa pendapat anda tentang watak terkuat di Rurouni Kenshin? Jangan segan silu untuk kongsikan pendapat di ruang komen. Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Sumber – Kenshin Fandom

Tags: animeFaktaHimura KenshinmangaRurouni KenshinSamurai XTrivia
Previous Post

Kerbal Space Program Enhanced Edition akan datang ke konsol Nex-Gen musim luruh ini!

Next Post

Kemaskini Crossplay dan acara Revengence of Revenge of the Cartels kini bermula di Borderlands 3!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Kemaskini Crossplay dan acara Revengence of Revenge of the Cartels kini bermula di Borderlands 3!

Kemaskini Crossplay dan acara Revengence of Revenge of the Cartels kini bermula di Borderlands 3!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd