Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Rupa macam kapal angkasa” – PlayStation Studios Malaysia dedahkan rupa ofis!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 5, 2022
in Artikel, Berita, Industri, Tempatan
0 0
0
“Rupa macam kapal angkasa” – PlayStation Studios Malaysia dedahkan rupa ofis!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal tahun 2022, PlayStation Studios Malaysia berjaya menemui tapak sesuai untuk mendirikan ofis; tetapi sejak itu, tidak banyak yang didedahkan tentang rupa studio. Walaubagaimanapun, beberapa hari lepas ketua PS Studios Malaysia, Hasnul Hadi Samsudin, akhirnya telah mendedahkan reka bentuk sebenar ofis melalui akaun Twitter-nya!

Terletak di bangunan Imazium di Petaling Jaya, ramai yang memuji reka bentuk keseluruhan PlayStation Studios Malaysia yang menyerupai kapal angkasa. Dengan estetika yang unik, futuristik dan elegan, pejabat ini pasti menaikkan semangat para pekerja.

We did it!
The next major milestone for PlayStation Studios Malaysia.
We now have a place to call home and a chance to experience how it feels to be together as a team. We grew in the pandemic – with challenges abound – but being focused on creating #thebestplacetowork & play. pic.twitter.com/UmCm6y05pR

— Hasnul 30th Anniversary PS Boy (@mistahasnul) October 3, 2022

Pertama sekali korang dapat lihat adalah pintu gelongsor kaca di pintu masuk yang direka seperti pintu daripada filem sci-fi. Empat lambang ikonik PlayStation dipaparkan di sebelah kiri, manakala pintu kaca dihiasi dengan logo-logo tersebut.

Di belakang dinding kaunter adalah logo PS Studios, terletak betul-betul di hadapan pintu masuk. Turut bersama dalam bilik adalah sofa dan TV besar untuk pengunjung berehat.

Seterusnya, ofis PlayStation Studios Malaysia juga ada ruang makan yang sangat mewah setanding kafe. Ruang makan ini mempunyai meja-meja khas di sisi tingkap supaya pekerja boleh rehat sambil melihat pemandangan bandar. Untuk memberi gambaran flora, ruang makan dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan.

Kita juga dapat melihat ruang ofis sebenar yang disusun seperti kubikel tetapi malangnya gambar diambil pada waktu malam tanpa cahaya lampu.

Good night everyone , see you tomorrow pic.twitter.com/pnZy02PLFp

— Hasnul 30th Anniversary PS Boy (@mistahasnul) October 3, 2022

Bagi mereka yang tidak tahu, PS Studios Malaysia merupakan studio sokongan yang tugas utama adalah untuk bantu membangunkan game AAA dalam bahagian-bahagian tertentu. Antara karya yang mereka pernah terlibat termasuk The Last of Us Part 1 dan MLB The Show 22, semuanya game-game besar dalam industri.

Saya ucapkan tahniah kepada PS Studios Malaysia! Harap-harap pejabat makin mengembang supaya dapat hasilkan lebih banyak game berkualiti!

Untuk membaca segala liputan kami tentang PlayStation Studios Malaysia, sila tekan pautan ini.

Tags: PlayStation Studios Malaysiatempatan
Previous Post

A Plague Tale: Requiem & Scorn masuk Xbox Game Pass bulan Oktober ini!

Next Post

Peminat mahu anime Naruto versi remake, punca daripada video ulang tahun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Peminat mahu anime Naruto versi remake, punca daripada video ulang tahun!

Peminat mahu anime Naruto versi remake, punca daripada video ulang tahun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd